Kisah Polis 1
Tadi pagi aku dan family pergi perak lepas tu masa nak balik semula ke pulau pinang tetiba ade 1 roadblock kat lebuh raya ayah aku kata “adoi…dah la nak terberak ni ada plak roadblock? Kalau polis tahan sah babah berak depan polis tu jugak!!” sebab masa tu bapak aku nak terberak keracunan makanan pagi tadi lepas tu bapak aku kata “Ha! Nick bila tengok roadblock ni hang nak dengaq cerita pasal roadblock tak?” aku kata “boleh gak cerita apa?” ayah aku kata“Ni cerita kawan babah dulu dia cerita masa tu dia nak terberak jugak lepas tu polis plak mai tahan? Polis buat pemeriksaan lesen kawan babah berhenti kereta terus dia keluar lari kat semak? Apa lagi polis kejaqlah ingat dia perompak ka tapi kawan babah tu sempat pi masuk dalam semak? Lepas polis tengok dia diam tak bergerak ada 2orang polis lompat terkam nak tangkap! Sekali polis 2 orang tu lompat masuk semak habis semua baju bau taik! Sebab masa tu kawan babah tu tengah berak! Haha kesian polis 2orang tu! Ni kawan babah cerita dulu” aku,mak dan kakak aku punya gelak sampai mengair mata.
Kisah Polis 2
Lepas tu bapak aku kata "ada cerita kedua ni cerita kawan babah jugak hangpa nak dengaq lagi ni cerita orang lain plak bukan orang yang sama dia kena roadblock polis nak buat pemeriksaan masa polis tu tahan kawan babah la masa kena tahan tu kawan babah tak bawak lesen kot? Polis saman RM100 kalau tak silap? Lepas tu kawan babah kata “kalau pukul polis sekali kena berapa?” polis tu kata “kalau pukul polis kena saman RM30 kenapa?” tiba-tiba kawan babah tu tumbuk polis kat muka sekali,tumbuk perut sekali dan sepak punggung polis sekali lepas polis tu rebah selamba kawan babah tu bagi kat polis tu RM90 dia kata save RM10 lepas duit nak isi minyak dan terus dia blah macam tu ja” kami gelak lagi sekali! Bila sampai bila depan roadbloack tu bapak aku bagi lesen polis check kitorang dok tahan gelak masa tu bila polis tu kasi lesen bapak aku balik kitorang pun pergi jadi
Nasihat Teman : Jangan tiru kisah ni, buatnya Polis tertembak sedang terberak ,haru biru.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment