Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 5, 2010

RAKYAT MALAYSIA PERLU SEDAR KENAPA BIL TNB TINGGI!



Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak rungutan daripada orang awam berkenaan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Caj elektrik telah berlipat ganda dalam sesetengah kes bagi bil bulan April, 2010.
Dari laporan akhbar, perkara ini bukan hanya berlaku di negeri Kedah. Terdapat banyak rungutan sedemikian di negeri-negeri lain. Antara alasan yang diberikan oleh TNB adalah bil-bil elektrik di kawasan tersebut hanya dapat dihantar sekali dalam masa dua bulan akibat kekurangan tenaga pekerja.
Malangnya, kaedah pengeluaran bil elektrik tersebut sekali dalam dua bulan membebankan dan mengakibatkan kerugian besar kepada para pengguna elektrik.
Contohnya, bagi pengguna elektrik rumah, setiap 500 unit elektrik yang diguna akan dicaj pada kadar RM0.286 seunit (KWH). Bagi 100 unit seterusnya, kadar yang dikenakan ialah RM0.378 seunit. Penggunaan seterusnya akan mengikut kadar yang meningkat seperti berikut:-

Berdasarkan peningkatan kadar elektrik di atas, kaedah TNB mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali sememangnya membebankan rakyat Malaysia. Sesiapa yang menggunakan lebih daripada 250 unit elektrik sebulan (iaitu lebih daripada 500 unit dalam dua bulan) akan mendapati kadar elektrik bagi 100 unit yang seterusnya akan meningkat kepada RM0.378 (iaitu peningkatan lebih daripada 32%).
Selepas lebih daripada sebulan, Tenaga Nasional Berhad telah gagal mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi isu-isu tersebut yang membebankan rakyat Malaysia.
Kaedah mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali tersebut adalah bercanggahan dengan kadar elektrik yang diluluskan oleh kerajaan bagi rakyat Malaysia.
Oleh itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus menyiasat sistem bil Tenaga Nasional Berhad dan mengeluarkan direktif kepada TNB untuk memperbetulkan semua bil yang dikeluarkan terdahulu mengikut kaedah dua bulan sekali tersebut.
*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

No comments: