Surat Terbuka daripada Amnesty International Canada untuk Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
YAB Perdana Menteri,
Saya menulis dengan penuh hormat menyuarakan keperihatinan kami di Kanada berhubung dengan nasib Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta campur tangan segera daripada pihak Yang Amat Berhormat.
Seperti mana yang pihak YAB sedia maklum, peristiwa-peristiwa dewasa ini yang menyelubungi ketua pembangkang itu mendapat perhatian di seluruh dunia, sekaligus meletakkan negara Malaysia menjadi tumpuan.
Kesatuan Antara Ahli-Ahli Parlimen (IPU) baru-baru ini mengisytiharkan bahawa perbicaraan tuduhan liwat yang dihadapi Anwar dipenuhi dengan kelemahan dan kesalahan fakta.
IPU mengambil keputusan untuk menghantar seorang pemerhati untuk mendengar prosiding yang akan datang. Amerika Syarikat telah menyatakan hasratnya untuk meneliti perbicaraan yang penuh kontroversi ini.
Beratus peserta, termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Kim Campbell, pada Gerakan Demokrasi Dunia, menandatangani petisyen menuntut perbicaraan yang adil bagi membebaskn Daw Aung San Suu Kyi dari Myanmar.
Tambahan pula, seramai 50 ahli parlimen Australia baru-baru ini menandatangani sepucuk surat menuntut supaya perbicaraan terhadap Anwar dihentikan.
Menyertai bantahan dari seluruh dunia, pegawai peringkat tinggi di Kanada melahirkan keperihatin mereka terhadap kes Anwar.
* Para pegawai di Kedutaan Kanada di Kuala Lumpur masih mengekalkan hubungan secara peribadi dengan Anwar dan telah memerhati prosiding perbicaraan dengan penuh minat.
* Dalam artikel Globe and Mail, bekas Perdana Menteri Kanada, Rt. Hon. Paul Martin menuntut supaya segala tuduhan terhadap Anwar digugurkan untuk membolehkan Anwar "meneruskan visinya melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan hak asasi dihormati seperti mana adanya."
* Jurucakap hal ehwal luar parti pembangkang, Liberal Party, dan juga Ahli Parlimen Bob Rae menuntut parlimen Kanada supaya memberi perhatian kepada tekanan undang-undang dan politik terhadap Anwar. Anwar yang dilihat sebagai jurucakap yang telah sekian lama memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia di negaranya walaupun dipenjara secara tidak adil, terus bercakap dengan penuh semangat dan kesungguhan.
* Ahli Parlimen dari 44 Bloc Quebecois Party menandatangani sepucuk surat petisyen "avec respect et amitie pour la Malaisie," dan mengiystiharkan "Nous sommes presoccupes par les accusations de sodomie portees contre Dr Anwar" (dengan rasa hormat kepada Malaysia …… Kami perihatin mengenai tuduhan sodomi terhadap Anwar).
* Seramai 28 Ahli Parlimen dari Parti Demokrasi Baru telah menandatangani petisyen, mengakui hubungan persahabatan yang lama di antara Malaysia dan Kanada, dengan merujuk kepada reputasi Malaysia yang tercemar kerana pemenjaraan Anwar dan mendesak tuduhan-tuduhan itu digugurkan.
Amnesty International telah berulang kali menuntut kepada promosi dan perlindungan terhadap hak asasi manusia di Malaysia – satu seruan yang jelas dalam Kajian Semula Bertempuh Universal Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Malaysia dan menerima sokongan kuat daripada para wakil dari Kanada.
Yang Amat Berhormat, bukankah tiba masanya Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar progresif dalam bidang hak asasi manusia?
Sebagaimana terbukti dengan sebaran meluas tentang Anwar, kepimpinan Yang Amat Berhormat melangkah ke era kurun ke 21 dalam kemajuan hak asasi di Malaysia sangat dialu-alukan di seluruh dunia sebagai sesuatu yang bersejarah dan langkah yang jauh.
Saya mendesak supaya kita membuka lembaran baru dengan memberi layanan yang adil kepada Anwar mengikut standard hak asasi manusia antarabangsa.
Yang benar,
Margaret John
Penyelaras bagi Singapura dan Malaysia
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment