Dulu tahun 1970 dah takutkan rakyat Malaysia bahawa petrolium akan habis dan kerajaan kena buat projek tenaga nuklear .Projek dibuat di Bangi dan apa yang dihasilkan?
Masa teman belajar di ITM (sekarang UITM) ada pakar dari PUSPATI kerja sebagai pensyarah mengajar kuliah teman sebab PUSPATI macam nak mati masa itu(1982-1985)
Kini Kerajaan BN cuba cari alasan nak buat projek berbilion ini ,seolah-olah tak pernah buat.Pada teman ini semua cari sebab nak mengeluarkan dana kerajaan untuk Pilihan Raya atau kekayaan seseorang atau kumpulan.
APABILA Petronas menemui deposit minyak di perairan negara pada sekitar tahun 1970-an, fungsi Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang pada awalnya bagi membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif kepada minyak telah disusun semula dengan menumpukan usaha mempromosi penggunaan sains dan teknologi nuklear dalam pembangunan negara.
Loji tenaga nuklear pertama negara dijangka memulakan operasi pada 2021, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata kementeriannya diberi kebenaran oleh Majlis Ekonomi untuk mula mengenal pasti tapak yangs sesuai untuk loji berkenaan.
"Apabila tapak telah dikenal pasti, kami akan memulakan perundingan dengan mereka yang berkepentingan," kata beliau kepada pemberita selepas satu persidangan di Kuala Lumpur hari ini.
Chin yang enggan menyatakan lokasi tapak yang mungkin dibina loji tersebut dan jumlah kuasa yang akan dikeluarkan, berkata loji nuklear itu perlu dibina di kawasan yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi.
Beliau berkata jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara 50 tahun dan 70 tahun.
"Pembinaan keperluan loji pertama memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Kita perlu melihat aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasi," katanya.
Keputusan akhir mengenai sama ada loji itu akan dibina adalah tertakluk kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, kata Chin dan menambah bahawa penyedia teknologi adalah dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.
Chin berkata loji nuklear diperlukan bagi memenuhi peningkatan permintaan negara untuk tenaga disebabkan oleh perindustrian dan bagi memastikan jaminan tenaga.
"Kita perlu melihat kepada jaminan tenaga. Tidak ada negara yang boleh maju tanpa tenaga, tiada keluaran dalam negara kasar boleh berkembang tanpa tenaga.
"Tenaga nuklear merupakan satu-satunya opsyen berdaya maju ke arah keperluan tenaga jangka panjang. Campuran generasi tenaga kita agak tidak kurang memuaskan pada masa ini kerana kita menggunakan terlalu banyak gas dan arang batu," katanya.
Semasa ditanya mengenai kos loji tenaga nuklear itu, Chin berkata: "Ia merupakan projek yang agak mahal tetapi kita tidak mempunyai pilihan. Daripada membina lebih banyak loji kuasa arang batu atau gas yang akan menelan belanja lebih lagi di masa depan."
Chin berkata negara memerlukan 20 peratus rizab tenaga, dan menambah bahawa penggunaan tenaga semasa ialah 14,000 megawatt dan mempunyai kapasiti 23,000 megawatt.
- Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apabila pilihantraya datang menjengah, pelbagai kemudahan datang bergolek - golek.
Memang ulamak pewaris nabi tapi bukan yg lilit serban dalam parti PAS. Korang bukan ulamak yapi ulartamak. Kalau ulamak dirang tak kejar jawatan. Mat Sabu tu ulamak ke. Bini orang pun dia lipat. Bayangkan lah mat sabu jadi ulamak....semuanya jadi halal!!!!
Post a Comment