PAS selalu dilabelkan ekstrem dan parti pak-pak lebai. Tapi sekarang sudah berubah. PAS sudah boleh menembusi segenap lapisan masyarakat tidak kira alim ulamak, cerdik pandai, profesional bahkan bukan Islam pun dah berani mendekati PAS.
Betapa terkejut bila Lim Kit Siang kata PAS adalah sebuah gerakan Islam yang benar-benar mewakili rakyat Malaysia seluruhnya.
Kepercayaan itu bukan mudah hendak diberikan oleh DAP terhadap PAS. Bermakna survival perjuangan PAS sudah diiktiraf sejajar PAS bukan sahaja parti politik, bahkan sebagai badan dakwah.
Lim Kit Siang terus membela PAS apabila SUPP menuduh PAS sebagai parti ekstrem.
"SUPP tanpa malu menuduh Pas sebagai ekstrem, walhal Pas bukan sahaja bersederhana dalam ketrampilan mereka, malah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian bukan sahaja di Sarawak dan Sabah tetapi juga di Semenanjung - keberanian yang tidak ada pada SUPP, kerana bimbang kalau-kalau terpijak jari kaki pemimpin Umno," kata Kit Siang.
"Bahkan, calon BN dibawah arahan kepimpinan SUPP cuba bersikap lebih Umno dari Umno sendiri dengan mencadangkan kontroversi kalimah Allah diharamkan dari dibahas di Parlimen," tambah beliau.
Pembelaan Kit Siang terhadap PAS adalah reaksi beliau terhadap tuduhan SUPP terhadap PAS sebagai ekstrem. SUPP dan BN telah mempergunakan isu negara Islam termasuk nama Allah sebagai bahan kempennya agar dapat merenggangkan hubungan PAS dan DAP.
Namun tindakan Lim Kit Siang dilihat rasional dan tepat apabila dengan tegas membela PAS sebagai berketrampilan sebagai sebuah gerakan Islam yang benar-benar mewakili rakyat Malaysia seluruhnya.
Nampaknya, hubungan parti dalam Pakatan Rakyat lebih kukuh dan utuh walaupun diserang bertubi-tubi oleh BN.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment