
Ashaari Muhammad meninggal dunia
Mei 13, 10 5:16pm
Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.
Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.
Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Sungai Pencala, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment