
Ekoran kekalahan memalukan selepas 28 tahun mendominasikan Parlimen Sibu makan panaslah hati Ketua Menteri Sarawak.
Dengan itu beliau yang berhati batu bukan ingin membantu BN mengambil hati pengundi menjelang Pilihan raya Sabah & Sarawak tidak lama lgi tapi berdendam dengan tindakan menggantung dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang selama setahun, berkuat kuasa serta merta.
Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padungan, Dominic Ng Kim Ho, digantung kerana didakwa menghina Dewan manakala Adun DAP Kota Sentosa, Chong Chien Jen digantung kerana mendakwa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) membohongi rakyat dalam isu banjir.
Tak Per : nanti rakyat Sabah & Sarawak akan balas dalam pengundian keseluruhan akan datang, insyallah.Hidupkan Kerajaan pakatan Rakyat!
1 comment:
assalamualaikum
Tindakan melemahkan kekuatan pembangkang di dewan negeri ini menandakan kebongkakan peribadi yang merasakan kecemasan dan kegementaran yang bakal dihadapinya dimusim pilihanraya dewan undangan negeri akan datang.Rakyat Serawak sedang menunggu sangat-sangat terutama generasi muda dan aliran pemikiran baru yang dedikasi terutama dari kaum majority seperti kaum Iban hendak sangat hidup dibawah naungan pehin yang baru dan membawa harus perubahan sosial dan ekonomi di negeri mereka.Rata-rata yang ditemui ingin melihat kaum mereka boleh tegak bersama kaum yang lain tidak berduniakan rumah panjang yang menjadikan banggaan dan tontonan pelancung luar.Pilahanraya dewan undangan negeri yang bakal berlansung di serawak akan menjadi medan pertarungan antara fahaman tradisi rumah panjang dan budayanya dengan fahaman refomasi dan tranformasi aliran genarasi muda yang menyinari kaum Iban ini.
Post a Comment