Kerajaan terengganu akan mewartakan 320 pulau ditasik kenyir menjadi pulau bebas cukai. pengumuman akan dibuat oleh pm bulan jun atau julai 2010, ini bermakna tasik kenyir akan menjadi pulau bebas cukai terbesar selepas pulau langkawi. sektor pelancongan diharapkan akan bertambah dengan baik an mendorongkan pertambahan perjanaan ekonomi di pulau buatan manusia. hakikatnya pulau pulau dikenyir akan dilimpahi semua barangan bebas cukai, atau bebas dari segalanya. hasrat mat said untuk menjadikan pulau buatan manusia ini menjadi pulau yang diminati untuk dilawati akan tercapai.
kenyir akan menerima kemasukan pelancong asing dari luar negara atau pelancong dari dalam negeri. impak ekonomi dijangka akan berlaku. cuma yang dibimbangkan apabila berlaku kawasan bebas cukai bermakna semua akan bebas, termasuk rokok, alcohol dan juga masalah lain akan timbul dalam kawasan bebas cukai ini. arak akan menjadi semurah murahnya. banyak dah kawasan bebas cukai menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat. arak akan lebih murah dari air sejuk. kegiatan ini akan terus menambahkan gejala gejala sosial buruk kepada masyarakat melayu. ini boleh dilihat bagaimana pulau langkawi, pulau labuan yang telah menjadi kawasan bebas cukai.
kerajaan terengganu dibawah mat said sepatutnya lebih peka kepada gejala buruk ini, walaupun dikatakan kegiatan ekonomi akan bertambah tapi masalah sosial akan bertambah buruk. tanpa arak yang bercukai pun masalah sosial yang buruk pun dah teruk. rokok juga akan dibebaskan dari cukai dan bermakna supply barangan terutama rokok akan menjadi lebih hebat. apa juga yang dikatakan oleh mat said bahawa semua akan terkawal adalah tak menjamin bahawa ia akan terkawal sebagaimana janji janji beliau. mat said dan umno memang terkenal dengan janji janji tipu jadi jangan kita tertipu dengan janji janji mereka ini.
Read more: http://kayukelat.blogspot.com/2010/05/bebas-cukai-dipulau-pulau-kenyir.html#ixzz0oFjF8Lk5
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

2 comments:
Untuk meningkatkan ekonomi, ok. Tapi ekonomi siapa yang meningkat? Itu persoalannya.
Gejala sosial? Lihat la anak-anak siapa yang rosak nanti.
Sama-sama la kita saksikan. :)
Betul-betul-betul !
dah banyak bukti projek kantoi, bukan gagal tapi runtuh dan roboh bila dah siap terutama di Terengganu juga.
Post a Comment