Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 18, 2010

AKTIVITI TERKINI SG. TENGI , GUGUSAN SG. DUSUN , HULU SELANGOR

Felda Sg Tengi Jadi Perintis Perumahan Generasi Kedua

SUNGAI TENGI 18 Mei - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menyambut baik hasrat kerajaan negeri Selangor yang ingin menjadikan Felda Sungai Tengi di gugusan Sungai Dusun sebagai projek perintis kepada usaha penyelesaian permasalahan golongan peneroka.
Sehubungan itu kerajaan negeri Selangor telah membentuk dua pasukan kajian yang diselia oleh Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Antara cadangan balas daripada ANAK adalah mengenai penempatan semula generasi kedua Felda, dengan konsep perumahan apartmen pasang siap yang menggunakan teknologi dari negara China.
Persatuan itu akan membentangkan kertas mengenai sampel perumahan cadangan tersebut dalam masa terdekat.
"Perkara ini belum muktamad dan masih dalam proses. Tapi kita telah mula jalankan kajian dan bancian mengenai jumlah keluasan tanah dan jumlah generasi kedua Felda yang bermastautin di dalam kawasan tersebut," kata Mazlan pada majlis meraikan petugas pilihan raya kecil Hulu Selangor di Felda Sg Tengi Ahad lalu.
Mazlan memaklumkan cadangan yang bakal dikemukakannya akan mengambil kira setiap aspek termasuk jumlah anak peneroka, baki keluasan tanah dan status kewangan mereka.
Beliau turut menyeru kepada peneroka untuk tampil bertemunya bagi membincangkan perkara tersebut
Beliau mengakui masih ramai peneroka dan orang ramai yang tidak faham tentang konsep tanah rancangan di mana terdapat tanggapan bahawa peneroka hanyalah 'menumpang' dan tanah dipunyai sepenuhnya oleh Felda.
Namun Mazlan menjelaskan agensi tersebut sebenarnya merupakan badan yang dilantik berdasarkan perjanjian untuk menyelenggara perjalanan pengurusan aset peneroka.
Beliau mendedahkan bahawa akibat dari kekurangan maklumat dan pengetahuan peneroka tentang hak mereka, Umno-Barisan Nasional telah mengambil kesempatan dengan menekan dan mengugut termasuk ancaman akan dikeluarkan dari tanah rancangan.
Beliau menyelar sikap pihak terbabit yang menjadikan peneroka Felda sebagai 'fixed deposit' undi kepada Umno-BN setiap kali musim pilihan raya tiba.
"Dalam masa yang sama nasib dan kebajikan warga Felda dan keluarga mereka diabaikan. Sedangkan pembangunan dan kemajuan Felda dan seluruh anak syarikatnya yang kita lihat hari ini adalah hasil pengorbanan warga peneroka," kata Mazlan.
Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah PAS Pusat memaklumkan akan membuat 'roadtour' di seluruh Malaysia bagi memberikan penerangan kepada peneroka tentang hak dan peranan mereka di dalam tanah rancangan.
Selain Felda, antara tempat yang bakal dikunjungi Mazlan adalah tanah rancangan Felcra dan Risda.
Ketika ditanya mengenai kebimbangan segelintir kakitangan Felda terhadap nasib mereka sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, Mazlan berpesan agar mereka tidak perlu gusar tentang kedudukan mereka.
Beliau menjelaskan bahawa kedudukan kakitangan Felda akan lebih terjamin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
"Pendekatan kita berbeza dengan Umno-BN. Kalau dulu, kakitangan Felda terpaksa menjadi alat kepada pimpinan Umno-BN. Tapi di bawah Pakatan Rakyat, kakitangan Felda yang cemerlang dalam perkhidmatan akan diberikan insentif termasuk pemberian tanah.
Kita tahu bagaimana untuk menghargai jasa dan pengorbanan orang lain," kata Mazlan lagi.

No comments: