Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, May 27, 2010
OK LAH UMNO TAK TERLIBAT , PASTIKAN GAS MASUK KE PWTC
Isunya di sini ialah lokasi perhimpunan pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang dijadualkan Ahad ini yakni di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dijadikan bahan bukti oleh Ketua Pemuda MIC T Mohan yang mendakwa UMNO terlibat menyokong puak yang menentang Datuk Seri Samy Vellu.
Selain mendakwa ada pemimpin UMNO yang terlibat menempah sebuah dewan di PWTC untuk himpunan itu beliau mempersoalkan mengapa PWTC,bangunan milik UMNO digunakan untuk satu acara bagi menentang Presiden parti komponen BN yang lain.
Namun penganjur GAS yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC T Mugilan tampil dengan resit tempahan Dewan Merdeka atas namanya sendiri.
Ia dibuat pada 24 Mei dengan bayaran awal RM5,000.
Beliau menafikan tempahan itu dibuat oleh UMNO seperti yang didakwa oleh Mohan.
Kata Mugilan pada sidang akhbar di sebuah restoran India di Petaling Jaya Rabu beliau memilih Dewan Merdeka kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang.
Selain itu ia lengkap dengan beberapa layar besar dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.
Menurut Mugilan seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran GAS melebihi jangkaan awal 7,000 orang.
"Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak," katanya.
Beliau memberitahu mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.-26/5/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment