Datuk Zaid Ibrahim ,telah memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak sah.
Andainya Pilihan Raya Hulu Selangor dibuat semula maka rakyat Hulu Selangor akan dapat peruntukan kedua kali atau 'double'.Maknanya bila ada pilihanraya mesti tiba-tiba ada peruntukan yang yang telah ada dalam perancanagan kerajaan BN.
Jadi, kali ini sekiranya petisyen ini menang maka kita boleh lihat dan uji kerajaan BN , ada lagi tak pembangunan untuk Hulu Selangor.
Ringkasnya sekurangnya RM65 juta akan ke Hulu Selangor lagi.
Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya. Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen. "Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguamnya Malik Imtiaz Sarwar.
Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi Tetuan Thomas Philip itu, menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan.
Pada sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat. Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil. Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment