Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, May 25, 2010
DS NAJIB DGN TANJUNG PAGAR SELEPAS KES 2 TELAGA UNTUK BRUNEI & PAK LAH DGN BATU PUTIH
Dalam berita BERNAMA menyatakan Malaysia setuju pindah stesen KTMB ke Woodlands.
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.
Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.
Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.
Wahai Perdana Menteriku yang tersayang ,intan payung kan Malaysia sudah beberapa kali beralah dengan negara Tumasek ini. Dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang dengan harga berapa sen saja segelen air kau jual dan kami tidak melihat sebarang perjanjian yang kita adakan dengan mereka, menyaksikan situasi MENANG-MENANG kata si , sebaliknya KALAH-MENANG, yang mana pihak yang Menang itu adalah SINGAPURA, dan yang Kalah itu ialah MALAYSIA.
Perdana Menteri terdahulu Dr. Mahathir Mohamad ok juga tidak berkompromi dalam apa jua perjanjian dengan Singapura. Walaupun telah berkali-kali Singapura mengajak Malaysia berunding bagi memindahkan Stesen Keretapi berkenaan, Mahathir tetap dengan pendirian, Stesen Keretapi Tanah Melayu Akan Terus WUJUD DI TANJUNG PAGAR, SINGAPURA!!!!
Kini dengan hanya beberapa tahun dalam Pentadbiran, Najib Razak telah membuat keputusan yang aku rasa SALAH dan bakal memberikan impak kepada pemerintahannya tidak lama lagi. Kepada Najib Razak dan Barisan Nasional, ingin aku nasihatkan, bersedialah KALIAN untuk masuk ke dewan Parlimen sebagai PEMBANGKANG pada Pilihanraya Umum yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment