Soi Lek yang sebelum ini adalah Timbalan Presiden MCA yang tiada jawatan menteri menang undian sebagai Presiden MCA yang baru selepas mengalahkan Bekas Presiden yang juga Menteri Pengangkutan dengan undian yang menggalakkan. Namun walaupun sekarang DS Soi Lek sudah menjadi Presiden MCA ,Pengerusi BN masih keberatan memberi jawatan bertaraf menteri penuh waima senator kerana kes beliau menjadi pelakun dalam VCD haram tidak lama dulu. Untuk menutup malu, beliau telah berikrar tidak mahu jawatan menteri .Beliau mahu bekerja sebagai Presiden MCA sahaja dan baru-baru ini hanya MB Perak yang dilantik cara kurang baik telah bergandingbahu bersama Soi Lek menganggotai jawatankuasa BN Perak.
Teman pun harap , jawatan beliau ini di Perak akan memberi kelebihan pada Pakatan Rakyat.
24/05/2010 11:35am
IPOH 24 Mei - Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek adalah antara tiga muka baru dari MCA yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Perak sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Selain Soi Lek yang juga Pengerusi Perhubungan MCA Perak, dua lagi yang dipilih ialah Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng dan Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pemilihan tiga muka baru ini akan memantapkan lagi BN bagi menghadapi PRU 13 nanti.
"Kesemua barisan jawatankuasa yang ada pada masa ini berpengalaman di peringkat nasional dan saya yakin pemilihan mereka bertepatan sekali.
BN Perak yakin gerak kerja yang disusun untuk menghadapi pilihan raya umum itu kelak akan menjadi mantap dan kukuh,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN di sini hari ini.
Dr. Zambry berkata, seorang lagi wakil MCA yang menduduki jawatankuasa tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment