ADUN Kerdau Dipindah Ke Wad Biasa Di IJN
TEMERLOH, 22 Mei -- Kesihatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim bertambah pulih dan beliau telah pun dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke wad biasa di IJN sejak Rabu lepas dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Beliau bukan sahaja sudah boleh berkomunikasi dan bergurau senda dengan rakan-rakan dan pelawat dengan baik, malah sudah boleh memakan makanan biasa yang lembut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada hari Sabtu.
Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lepas setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lepas setelah mengadu sakit di bahagian perut.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment