Kalau RM6,500,000 dibahagi kepada 7 orang bersamaan RM928,571 seorang.Apa salahnya beri pampasan RM7juta, dapatlah seorang RM1juta, jutawanlah sekejap sebelum tolak duit guaman. Gara-gara selepas 15tahun berjuang melawan agar hak diberi semula.
Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.
Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
wuih orang asli lagi kaya la nih... bule naik aji pas nih
Post a Comment