Sedangkan Pulau Batu Putih boleh dilepaskan dengan slogan kebanggaan Kerajaan Bn 'Menang,menang' , 2 telaga minyak bernilai RM320 Bilion diberi saja ke Brunei dan kini Tanjung Pagar berkeluasan 271 hektar mudah saja di MOUkan utk kerjasama bisnes Malaysia & Singapura kunun yang kenyang syarikat, bila syarikat ke luhum Kerajaan Malaysia juga jadi penyelamat inikan pula kes anak Presiden MIC yang sedikit celupar.
Kalau tidak ada asas takkan Vell Paari akan berkata sebegitu biadap.Rasenya anak Samy Vellu pun jelas bapanya memang ramai ahli MIC meluat termasuk ahli BN dan pemimpin yang lain. Sekurang-kurangnya dengan cara ini Vell Paari dapat mengiklankan diri beliau sebelum kejatuhan bapanya. Mungkin beliau rasa hero di kalangan masyarakat India dimana beliau berani dan lantang menghentam Parti terbesar di Malaysia iaitu Parti Politik UMNO. Dengan cara ini jadilah sebagai batu loncatan beliau dalam mempengaruhi MIC dan kalau untung sabut timbul dan kalau untung batu tenggelamlah beliau(Vella Paari).
MUAR 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan anak Presiden MIC, S. Vell Paari menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Perdana Menteri yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menegaskan, kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat dalam masalah MIC.
Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta supaya UMNO tidak dikaitkan dengan masalah dalaman parti yang diterajui Datuk Seri S. Samy Vellu itu.
“Jangan kaitkan UMNO dalam soal itu. Ia satu perbuatan yang bagi saya bukan sahaja tidak adil tetapi biadab,” katanya selepas merasmikan majlis ramah mesra Menteri Pelajaran bersama warga pendidik di Kompleks Sukan Pagoh dekat sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas kenyataan Vell Paari semalam yang menuduh UMNO menggunakan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan parti komponen BN itu dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today.
Sambil merujuk desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) mendapat restu pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan tindakan berbahaya.
Menurut Muhyiddin, tuduhan Vell Paari tidak adil lebih-lebih lagi ia dibuat kerana beliau mempunyai kepentingan sebagai anak kepada Presiden MIC.
“Dia bercakap kerana dia anak presiden, jadi jangan buat tuduhan melulu. Saya nak menafikan sekeras-kerasnya bahawa kita terlibat, kalau ada pun pihak-pihak yang membuat pengakuan, itu adalah pandangan mereka tapi kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat,” jelasnya.
Beliau berkata, pucuk kepimpinan BN dan UMNO sentiasa mengambil kira dan menjaga kepentingan semua parti komponen dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Kita tak mahu cari jalan yang lebih menimbulkan masalah, yang ada sudah cukup,’’ katanya dan menambah perbuatan menuding jari sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau menasihatkan Vell Paari supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut dan pada masa sama, Samy Vellu perlu memberi nasihat kepada anaknya agar tidak mudah melakukan sesuatu perkara yang menyentuh perasaan pemimpin-pemimpin parti lain.- Utusan Online
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment