Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 26, 2010

DARI ALLAH KITA DATANG , KEPADANYA JUA AKHIRNYA PENYERAHAN ABADI

YDP PAS Kepong meninggal dunia
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Nordin Md Nor telah kembali ke rahmatullah jam 6.50 petang semalam akibat sakit jantung.

Allahyarham berusia 64 tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurut isterinya, Hajah Firda Gusni Firdaus, allahyarham diserang angin ahmar ringan ketika mempengerusikan mesyuarat PAS kawasan pada 16 Mei lalu.

Katanya, allahyarham sempat bertahan dan meneruskan mesyuarat hingga selesai dan pulang ke rumah dalam keadaan berpapah seterusnya dibawa ke hospital keesokan hari.

Difahamkan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh jam 10 pagi ini.

No comments: