Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 27, 2010

BELIAU MEMANG SETAN, JASADNYA BERNAMA VINCENT TAN


Tan Sri Vincent Tan yang diberikan lesen judi sukan oleh oleh pimpinan Umno melalui Kerajaan BN memperlekehkan Demonstrasi bantahan oleh rakyat terhadap tindakan kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi piala dunia 2010.
Yang Pemuda UMNOnya hanya bantah kalau perjudian ini melibatkan orang-orang Islam. UMNO menganggap semua orang bukan Islam suka berjudi? Ini memang menghina orang bukan Islam atau Orang China atau India yang tidak suka terlibat dalam perjudian.

Tan Sri Setan ini bercakap kepada pemberita di London ,pemilik rangkaian kedai spot toto itu dengan angkuh dan sombong membidas pihak yang melarang kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi sukan tersebut sebagai "amat berpemikiran cetek" dan tidak "berfikir secara munasabah"

Vincent Tan menyatakan bahawa lesen perjudian tersebut perlu diluluskan kerana ia memberikan sumber kewangan kepada negara dan mengekang perjudian haram.

Rakyat yang tidak suka judi atau orang Islam amat terkejut dan kesal dengan kenyataan YB Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin bahawa Kerajaan Malaysia bersedia menimbang membenarkan atau menghalalkan Kegiatan Perjudian Sukan diadakan di bumi Malaysia. Dengan bersandarkan hujah untuk memudahkan pemantauan perjudian sukan di Negara ini maka, kegiatan judi sukan dihalalkan, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Sebagai sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan, kegiatan perjudian seperti ini dilihat sebagai mempersendakan agama Islam. Islam secara jelas mengharamkan segala bentuk kegiatan perjudian. Firman Allah “Hai orang – orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhi, mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan” – Surah Al Maidah Ayat 90.

8 comments:

Anonymous said...

ahli pus berkata

penulis kalau penulis seorang yang bijak mesti tuan mengambil pendirian lain dalam isu judi bola sepak. isu ni isu politik je.kalau ada lesen kerajaan menghalang bussiness judi bola jatuh ketangan pr/dap sebab ia akan dimonopoli oleh berjaya group tapi kalau haram ini membuka peluang kepada kroni dap untuk mendapat sumber pendapatan untuk biayai pilihanraya ke 13. judi bola tetap ada sama ada lesen atau tidak, tetap ada ini hakikat. tapi yang pelik sebahagian melayu dungu pas yang jadi palaci DAP berdemo terutama tantawi tanpa usul periksa. kalau nak demo minta haramkan semua judi termasuk yang masyuk diselangor dan penang.lu fikirlah sendiri.

zul_neem said...

assalamualaikum

Kerajaan Umno dan Bn telah memerintah malaysia lebih 50tahun dan perkara judi dan yang berkaitan dengan nya telah berjalan dengan baik dan terlaksana didalam tahun-tahun pemerintahannya.Pendek cerita kerajaan UMNO dan BN merestui dan membenarkan rakyat umumnya boleh main judi tanpa mengira agama dan bangsa serta mengiakan(benarkan)pembinaan pusat perjudian yang cermerlang di Genting Highland.Dibandingkan dengan umur setahun dua kerajaan Pakatan rakyat di P.Pinang,kedah dan Selangor terpaksa menerima warisan dan kebejatan judi dari kerajaan UMNO yang kalah dan status kesahihan dan kebenaran lesen judi dari Kerajaan Pusat(UMNO&BN)yang memerintah.Apa yang nampak kerajaan Kelantan telah tidak lagi meluluskan premis-premis judi atau tidak memebenarkan lagi kedai-kedai judi dibuka untuk kepentingan rakyat dan Islam.Judi di Malaysia bukan perkara politik atau isu-isu dibuat.Tetapi lebih kepada soal keimanan dan ketaqwaan.Semua agama dan budaya bangsa yang ada Dimalaysia tidak membenar judi diwujudkan lebih-lebih lagi Islam dan penganutnya.Mengapa UMNO dimana kebanyakkan ahli dan pimpinanya terdiri orang Islam membisu dan terdiam apabila baru-baru ini kerajaan(UMNO&BN) mengluluskan Judi Bola Sepak dan diberi lesen kepada Berjaya Group demi kepentingan ekonomi perjudian dan kronian.Adakah salah sekiranya sebahagian rakyat dinegara ini khususnya umat Islam bangkit untuk mempersoalkan tindakan kerajaan (UMNO&BN)akan hal ini.Hanya orang yang dungu lagi pendek akal yang menghalalkan judi dan mencipta cerita dongenan untuk membenarkan kehendak nafsu mereka.

Anonymous said...

zul_neem lagi sorang contoh pas dungu sokong lah tantawi membabi buta. semoga allah bagi hidayah amin.masalah di selangor judi dan spa (pelacuran) macam cendawan tumbuh . pas nak kawal (tergelak) baru rampas arak kat shah alam dap suruh pulangkan. ni baru 2 tahun kalau 50 tahun hancur agama di buat pas. zul kalau 2 tahun tak ok mana boleh ok lepas 50 tahun.pas jadi ketua dalam PR baru boleh sokong .kalau asik jadi palaci baik kekalkan yang ada je iaitu umno sehingga ada yang lebih baik.

zul_neem said...

Assalamualaikum

Cuba faham apa yang diterangkan dan membuat kajian dan mempelajari sejarah UMNO dan Pas.Kenyatan yang wujud adalah dari hasil perbuatan UMNO yang memerintah di Selangor dan Malaysia amnya.Sila mengfokuskan situasi yang berlaku seperti apa yang terjadi diShah Alam dari sumber yang benar dan memahami keadaan diantara kefahaman orang Islam tentang arak dan judi dengan orang bukan Islam.Serta mempelajari kaedah hikmah pendekatan dakwah dan teknik dan taktik untuk meneyelesaikan isu terutama dengan orang yang baru kita kenali khusus nya orang bukan Islam.Dalam dunia politik Islam pemuafakatan dengan kumpulan bukan Islam adalah berasas Islam dan jalannya Islam.Mungkin berlaku apa salah faham antara Pas dengan kawan-kawannya seperti DAP.Tapi yang cantiknya penyelesaian cara baik dan adil serta cahaya Islam asasnya,membuat parti DAP yang membuka minda dan memecah tembuk penghalang kefahaman kearah penerimaan keadilan Islam.Ambil masa dan renunganlah.Tiada rugi untuk memberi masa dalam hal ini.Apa yang penting yang haram mesti diharamkan dan yang halal mesti dihalalkan oleh Allah dan nabi besar kita.Umpamanya judi dan arak.

Anonymous said...

pendekatan cara islam tu terbaik tetapi isu di shah alam majoriti pendudukadalah islam.perlukah menjual arak. keputusan di buat 2bulan sebelum rampasan dan dipersetujui oleh ahli majlis tetapi bila perlaksanaan di buat arak disuruh pulangkan balik oleh dap. perintah larangan menjual arak di kawasan majoriti islam telah diwartakan bukan sambarono je. tuan zul mari shah alam baru cerita. please lah jangan jadi alat dap untuk menguasai politik seperti yang DAP lakukan terhadap pas. harap saudara sedar baru boleh selamatkan pas. umno sentiasa lebih baik dari dap sebab mereka ada syahadah sebab tu majoriti melayu menyokong umno.pas tolak umno sebab ingin berkuasa.tapi adakah dengan dap pas dapat berkuasa? tahun 2008 dimana umno ditahap paling terukpun pas hanya dapat 23 seat diparliman ,kurang dari DAP macamana bila umno semakin kuat di bawah najib pas jangan harap boleh dapat lebih dari 20 seat.akhirnya dap juga yang kuat dalam pr, pas tak kemana pun. pas harap undi bukan melayu untuk menang di masa hadapan. majoriti islam menyokong umno bermakna apa? logikkan.majoriti doa orang islam di tujukan kepada parti mana umno atau pas. tengok undi melayu di bukt gantang... majoriti undi melayi keumno . pas menang sebab dapat 90% undi cina.belum cerita kawasan lain.

zul_neem said...

assalamualaikum

Ada kenyataan tadi yakni perintah larangan menjual arak dikawasan majoriti Islam telah diwartakan ini satu perkembangan yang baik iaitu jalan-jalan kearah penghapusan peminum arak dari kalangan orang Islam.Situasi ini berlaku adakah hasil dari asakan Pas atau UMNO dibawah kerajaan Pakatan Rakyat diSelangor?Pandangan kita berbeda disebabkan kita berada didalam dua aliran yang berbeda dan pengambilan sudut pembicaraan yang berlainan.Walaupun kita orang Islam dan bersyahadah sama tetapi memberi pandangan yang berlainan keatas sesuatu isu.Masalah diperalat dan dialatkan adalah bergantung kebenaran keatas sesuatu isu.Bolehkah saudara menyokong Kerajaan malaysia pinpinan najib membenarkan Judi Bola Sepak sempena World CUP 2010 yang terbaru ini.Jikalau menyokong apa alasan dan dalil.Bagi saya tetap tidak menyokong dan menyanggah akan isu judi ini walaupun datang dari arahan pimpinan Pakatan rakyat atau PAS pilihan saya.Mungkin kita boleh berbincang cara baik dan menghubungi antara satu sama lain kerana disana banyak perkara yang boleh dibincangkan dan pendekatan sama diambil.

Anonymous said...

isu pertama yang perlu dibincangkan adakah saya setuju kerajaan najib memberi lesen judi(memberi bukan bermakna menghalalkan). kalau di lihat dari perpektif hukum mestilah tidak bersetuju. tapi bagi pemimpin apa yang nak di fikir tak s emudah apa yang kita fikir. ada tak de lesen judi bola sepak akan berlaku.tanpa lesen najib melihat judi bola akan dimonopoli oleh cina/DAp yang mana hasil keuntungan akan digunakan untuk tujuan merugikan kerajaan(melawan kerajaan) atau mungkin bangsa. lesen akan diberikan kepada berjaya group dimana keuntungan akan di ketahui alirannya dan sebahagian kembali kepada kerajaan. mana yang lebih baik membiarkan musuh mengaut keuntungan dan melawan balik kita atau mengawal keuntungan supaya tidak jatuh ketangan musuh. lesen ada atau tak de lesen kedua-dua cina untung. sebagai umat islam kita ada tanggungjawab, takutkanlah allah. yang tidak takut allah ada lesen tak de lesen diorang main juga. jadi isu judi kita tengok dari sudut peperangan politik kena berpandangan jauh. yahudi kalau dia buat perancangan mereka akan merangka peracangan jangka panjang. kita jangan tertipu sebab itu jangan cepat melatah. kadang kala kita terlalu lurus sehingga memakan diri.

kedua tuan memahami tulisan saya sekadar isu mewartakan pengharaman arak sahaja. tetapi cuba tuan tengok mereka yang bergelar exco islam hanya ambil pendirian dalam mesyuarat dalam mewartakan sahaja. perlaksanaan mendapat tentangan dari hanya seorang exco DAP terus tidak dapat dilaksanakan. sebab apa, sebab mereka hanya mementingkan kuasa. tinggallah hassan ali menentang tindakan DAP. itu pun selepas seminggu berdamai.pelaksanaan hanya tinggal kenangan. tidakkah insiden ini membuka mata tuan yang pemimpin ini bacul pada agama.adakah tindakan mereka ini lebih islamik. saya menetap di seksyen 8 shah alam.

Anonymous said...

membenarkan penggunaan nama allah oleh gereja apa pandangan zul_neem. kesan jangka pendek seperti yang dinyatakan oleh ustaz harun din seseorang itu menjadi kufur jika membenar/menyokong penggunaan nama allah digereja. kesan jangka panjang adalah kesan pengaruh gereja keatas generasi akan datang.search allah dalam internet kita tak tahu ini dari islam atau kristian(sebagai cth). apa kesan keatas akidah generasi akan datang. mencegah lebih baik dari merawat.dalam isu ini pas ambil pendirian menyokong. menyokong untuk apa? apa faedah untuk islam. apa yang kita murah hati sangat. kesan kekeliruan penggunaan nama allh lebih merbahaya dari isu judi. kenapa judi dungu pas dok terpekik terlolong sedang penggunaan kalimah mereka senyap. sebab apa? sebab nak jaga undi. inilah oerangai pas yang lebih buruk dari umno. kita nak sokong kalau tak de yang elok baik kita sokong yang elok dari pilihan yang tak elok yang ada, iaitu umno. kita dah tahu dah cacat cela umno sebab dah 50 memrintah. ni yang baru 2 tahun huru hara dibuat buat apa di sokong. pas 20 tahun di kelantan. kelantan lain , majoriti islam tak banyak kerenah. selangor perak p pinang islam bukan islam jumlahnya lebih kurang je baru nampak pekong pas.