Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 13, 2010

UMNO HULU SELANGOR ENGKAR NAJIB SECARA SENYAP

Ekoran desakan akar umbi dikatakan begitu kuat walaupun Pengerusi BN telah menetapkan calon MIC kembali bertanding di situ walaupun ‘keganjilan yang janggal’ apabila BN mampu menyapu bersih tiga kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) di bawah Parlimen tersebut tetapi di peringkat Parlimen, BN yang mempertaruhkan Datuk G.Palanivel tewas dengan majoriti 198 undi kepada Dr. Zainal Abidin.

”SAYA minta biarlah Pengerusi BN yang tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau menang, MIC menang BN pun menang.”

Penegasan ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Shah Alam pada Rabu lalu dan sekali gus UMNO perasan telah menamatkan segala spekulasi berhubung parti komponen manakah yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Apa yang berlaku sekarang yang teman dapat maklumat dari seorang anak peneroka Sg. Buaya ialah menjelang penamaan calon ahli UMNO akan mencalonkan 5 calon bebas
2 calon dummy dan 3 calon NGO BN yang mengutamakan Melayu dan anak tempatan.Mungkin strategi untuk memecahkan undi atau mungkin UMNO ingin mengatasi calon MIC dalam senyap.Teman jangka kerja-kerja ini mungkin tidak diketahui Pengerusi UMNO/BN.Walaubagaimanapun kita saksikan pada 17 April tidak lama lagi.


Desakan sebelum pengumuman PM untuk memberi peluang kepada UMNO bertanding kali ini juga semakin ketara apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi di kawasan Parlimen berkenaan seramai 34,020 adalah pengundi Melayu, 16,964 pengundi Cina dan India (12,453 pengundi).
BN menjadi semakin getir jika pembangkang meletakkan calon Melayu. Ia kerana berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1990, 1999, 2004 dan 2008, ia menunjukkan angka perolehan undi yang ‘menggerunkan’ memihak kepada pembangkang.

Pilihan raya umum lalu meninggalkan rekod jasa allahyarham Dr. Zainal Abidin sebagai giant killer memperolehi sebanyak 23,177 undi sekali gus menamatkan penguasaan BN dalam 11 pilihan raya sebelumnya.

Secara hitungan kasar jika keputusan mulai 1990 diambil kira, pembangkang mempunyai tidak kurang 10,000 pengundi tegar yang memihak kepada mereka,Jika begini berterusan maka sahlah BN akan kecundang lagi.

No comments: