Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 13, 2010

MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR LEBIH HEBAT DI BAWAH PR !

Tamat kontrak Alam Flora, MDHS bijak urus sisa pepejal
Azmin bagaimanapun memuji Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang menunjukkan kemampuan luar biasa dalam menguruskan sisa pepejal di kawasan pentadbiran mereka.

SHAH ALAM 13 Apr – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali hari ini mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak memperbaharui kontrak Alam Flora Sdn Bhd berikutan perkhidmatan syarikat itu tidak memuaskan dan lemah.

Sehubungan itu, beliau juga menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor supaya meneliti semula perjanjian dengan Alam Flora yang dilihat gagal memainkan peranan dengan baik.

“Perkhidmatan dalam menguruskan sisa pepejal yang ditunjukkan Alam Flora tidak memuaskan dan terlalu lemah,” kata Azmin pada sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Azmin bagaimanapun memuji Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang menunjukkan kemampuan luar biasa dalam menguruskan sisa pepejal di kawasan pentadbiran mereka.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 12.11 tengah hari, perbahasan Azmin masih berlangsung.

No comments: