Jangan Buang TV Anda! Jangan pecahkan TV ! Mudah saja cuma jangan buka TV Menjelang Pilihan Raya Hulu Selangor, FOMCA kempen jangan tonton TV
Tidak berkaitan dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang bakal berjalan pada 25 April ini, tetapi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan melancarkan kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen 21 hingga 27 April 2010.
Majlis pelancaran kempen tersebut akan diadakan pada 16 April ini iaitu sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor iaitu 17 April.
TV adalah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam memasukkan agenda mereka ke dalam pemikiran rakyat.
Menurut satu kajian, TV adalah media paling berpengaruh khasnya kepada masyarakat luar bandar.
Sebahagian besar kawasan Hulu Selangor adalah termasuk dalam kategori ini terutamanya di kawasan Felda dan ladang.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FOMCA, kempen ini akan dilancarkan di Institute Marketing of Malaysia, 1G-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Kempen ini akan dilancarkan oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA.
"Kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat (sepanjang minggu tersebut) menutup televisyen atau tidak melayari internet dan meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti lain – secara individu atau bersama-sama keluarga atau rakan-rakan," kata jurucakap FOMCA dalam kenyataannya itu.
Minggu Tidak Menonton Televisyen merupakan sebahagian daripada Kempen Konsumer Kebangsaan, 2008-2010, yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya”.
Minggu Tidak Menonton TV adalah kempen tahunan di peringkat antarabangsa yang telah diadakan semenjak tahun 1995.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment