Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 15, 2010

30 Caw MIC Bubar Tak Jadi bila Palanivel dijanji Menteri

Palanivel ditawar jawatan senator, timbalan menteri
Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel (gambar) yang tidak dipilih semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka akan dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Malah atas kapasiti itu, beliau juga disebut-sebut akan dilantik sebagai timbalan menteri.

The Malaysian Insider difahamkan ia sebahagian daripada kompromi yang dicapai oleh pucuk kepimpinan MIC dan BN pagi tadi dalam usaha menyelesaikan kemelut menentukan calon pilihan raya kecil ini.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada The Malaysian Insider.

“Tawaran yang BN sedia berikan kepada Palanivel ialah beliau akan dilantik sebagai senator dan kemudian timbalan menteri,” kata pemimpin itu yang namanya tidak mahu didedahkan.

Menurut pemimpin kanan itu, Palanivel juga telah menyatakan persetujuan menerima formula itu atas semangat BN.

Palanivel juga menghadiri mesyuarat mencari penyelesaian yang bermula 10 pagi tadi di rumah Samy Vellu di sini.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Sehingga Mac 2008 Palanivel merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau pernah menyandang jawatan setiausaha parlimen sebelum dilantik sebagai timbalan menteri pada 2004.

Palanivel, nama tunggal yang dikemukakan oleh MIC kepada pucuk kepimpinan BN telah diketepikan, sebaliknya BN memilih Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat V. Mugilan yang dikatakan popular berbanding ketuanya itu.

Palanivel merupakan ketua MIC Hulu Selangor manakala Mugilan merupakan ketua Pemuda MIC Hulu Selangor.

Oleh kerana MIC berkeras mahukan Palanivel dan pada masa yang sama membantah pemilihan Mugilan, yang didakwa sebagai proksi Umno, pucuk kepimpinan BN bersetuju untuk menggantikan Mugilan dengan nama lain.

Selepas dua jam bermesyuarat MIC mengesyorkan nama Ketua Penerangan P. Kamalanathan sebagai calon gantian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. - MalaysianInsider

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Nampaknya gertakan dan mainan pusing sana pusing sini MIC dihulu Selangor menampakkan hasil untuk menempatkan suaranya dibarisan pimpinan BN dan seterusnya dikabinet.Sekiranya calun mereka(MIC) menang diHulu selangor dalam PRK(pilihanraya kecil) akan datang,ini merupakan bonus bagi mereka dan serba sedikit memberi saham untuk membaiki imej MIC yang selama ini amat merosot.Apa yang lebih penting ialah bagi para pengundi diHulu Selangor mestilah memilih calun yang boleh berfungsi dan aktif diparlimen untuk membawa isu-isu nasional berdasarkan senario semasa demi kebaikan rakyat atas prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan.Jangan memilh calun yang menjadi tukang sorak,yes man atau kaki angguk,kurang bijak,tidur,lain ditanya lain dijawab dan biadab.Hindarilah dewan parlimen kita(malaysia)dari menjadi peralatan macam rubber stamp tetapi biarlah menjadi peralatan yang membawa kesejahteraan,keamanan,keselamatan dan keharmonian untuk rakyat.PAKATAN RAKYAT sudah pasti meletakkan calun yang bermotivasi lagi dipercayai untuk rakyat khususnya diHulu Selangor bagi melaksanakan agenda-agenda perubahan keatas situasi kemelut yang berlaku sejak akhir-akhir ini keatas negara kita.Umpamanya yang menyentuh soal keselamatan,keadilan sosial,pendidikan dan kehakiman.Pemilihan pengundi dengan berbentuk majoriti atau dalam jumlah angka yang besar keatas calun PAKATAN RAKYAT,bukan hanya memenangi parti itu(Pakatan Rakyat)tetapi yang jelasnya rakyat dapat menunjukkan kepada pemerintah negara masa kini(BN)bahawa kita (pengundi) ingin memiliki keadaan yang baik iaitu lebih baik apa yang telah ditunjukkan dan diamalkan oleh BN selama 50 tahun menguasai negara kita.Ini juga kita (pengundi) dapat memberi isyarat bahawa amalan-amalan saperti korapsi,scandal kewangan,ketidaktelusan,jurang ekonomi antara kaum,gangsterism,budaya bodek(kronism),ekonomi belon dan ketirisan,didaktor,perkauman dan budaya bangsawan keelitan yang lahir hasil dari pemerintahan mereka(BN)di tolak dan disanggah.Kemenangan keatas calun PAKATAN RAKYAT dimana barisan(front) ini perlu menyedari akan inspirasi rakyat yang memilihnya dan bertindak secara serius untuk membawa rakyat keluar dari kemelut kejahilan pemerintahan(BN) kepada kebijakansanaan dan meletakan keadilan kepada tempatnya.Itulah yang diajar oleh Islam dan diwajibkan kepada penguasanya.