Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, April 3, 2010

ANAK PENEROKA GEDANGSA UMNO HULU SELANGOR KULAAN YANG DAH LUPA




Tan Sri Rozali Ismail,CEO Syabas dan Puncak Niaga ,anak peneroka Gedangsa..Bagaimana kekayaan beliau menjadi misteri.Dari Mengambil alih beribu ekar tanah peneroka Felda Bukit Cerakah untuk dijadikan perumahan Puncak Alam.Kemudian mengambil alih sungai-sungai di Selangor dan Mengwujudkan Puncak Niaga dan mengambilalih Syarikat Bekalan air Selangor(PUAS) dan bila PUAS merundum ditukar nama sahaja dengan nama Syabas.Itu sebab sampai sekarang asyik nak naikkan caj air pada pengguna beliau tanpa banyak fikir walau dah untung tanpa malu dengan elaun tinggi lembaga pengarah yang hampir mencapai gaji pengarah Genting Highland.

Tidak cukup mempunyai Syabas dan Puncak Niaga.Beliau dikatakan mengwujudkan berpuluh-puluh syarikat sokongan untuk monopoli semua tender dan kepentingan berkaitan perkhidmatan air.Beliau juga ada syarikat paip air,beliau juga ada syarikat meter air juga,bahan kimia air,Land Scaping,kontaktor pasang paip,kontraktor binaan dan bermacam-macam syarikat lagi.

Bagaimana beliau mendapat semua harta terpijak Selangor ?,tentu tidak lain tidak bukan kabel dan rangkaian kawan yangbaik dan yang 'maha berpengaruh' dibelakang beliau.Sedemikian memang wajar dan tepat sekali Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil semula harta kekayaan Negeri Selangor supaya dapat ditadih baik dan dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Jika rakyat atau pengguna air di Selangor terus mendiamkan diri dan tidak bersama membantu kerajaan mendesak Puncak Niaga kepunyaan Tan Sri Rozali (proksi Tan Sri Muhamad Taib) dan Kerajaan Pusat menyerahkan pengurusan pembekalan air Selangor kepada Kerajaan Selangor maka rakyat Selangor akan terus di dera dengan kenaikan air yang zalim seperti jadual di atas. Kenaikan kadar tarif air ini adalah berdasarkan perjanjian Kerajaan Selangor (semasa di bawah BN) dengan Puncak Niaga (melalui Syabas) ketika menyerahkan pengurusan air Selangor kepada Tan Sri Rozali.

Kini Tan Sri Rozali tidak mahu menyerahkan / memulangkan pengurusan air kepada Kerajaan Selangor kerana ingin terus menikmati keuntungan besar. Malangnya kerajaan Pusat juga tidak serius membantu malah kemungkinan air Selangor akan pula diambil oleh kerajaan Pusat dari Tan Sri Rozali. Jika terus diletakkan di bawah Kerajaan Pusat sifirnya tetap sama pengguna akan terus rugi.

Panel penilai air Selangor telah membentangkan rancangan untuk mengambil alih semula pembekalan air. Pengambil alihan ini adalah berdasarkan cita - cita Kerajaan Selangor untuk memberikan air murah atau percuma kepada rakyat. Sasaran terdekat ialah mengurangkan kadar tarif dari RM0.77/meter padu kepada RM0.60/meter padu kepada pengguna domestik. Dan menjelang 2013 pengurangan sebanyak 25 % kepada RM0.57/meter padu. Selain dari unit air percuma yang telah dinikmati sekarang.

Kerajaan Selangor sudah membuat kajian dengan pengurangan tarif air itupun keuntungan belipat kali ganda akan terus dijana melalui anak syarikat kerajaan negeri yang bakal menguruskan sendiri pembekalan air.
Diharap Selangor akan menjadi pembekal air dengan harga air termurah dari Pulau Pinang kalau boleh.

Syarikat yang dimiliki oleh Puncak Niaga yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali tidak punya rekod bersih. Siasatan audit mendedahkan kes seperti 72 % dari kontrak Syabas bernilai RM600 juta bukan melalui pecahan tender terbuka tetapi runding terus yang mengakibatkan kehilangan bernilai RM325juta.

Dari segi pengkhianatan ekonomi negara Syabas juga terlibat dalam melanggar arahan Kementerian Kewangan yang mewajibkan paip air dibeli dari pengusaha tempatan sebaliknya Syabas pada tahun 2005 dengan sengaja membelanjakan RM600 juta mebeli paip dari Indonesia yang harga dan proses pembelianya amat diragui.

Selain itu Syabas telah membayar elaun RM1.5 juta kepada Tan Sri Rozali pada tahun 2007.

2 comments:

Anonymous said...

jenis manusia suka dengki dan bodoh, wat malu pas jerk....dia nak bolot semuaker, pasal lok ka dengki, kompeni kerajaraan ker sendiri punya, lantak dialah bodooooh

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Betulkan teman kalau salah wahai anoymous , teman menegur disebabakan teman dah follow si Rozali dah lama , disebabkan berkaitan hak rakyat lah bodoh! Kalau anda dah kaya dan senang memang tak bermasalah bodoh! Kita fikirkan rakyat yang susah.Air adalah sumber yang asalnya tidak boleh dimonopoli.Sepatutnya kerajaan yang kawalselia.Seperti Api letrik dan petrol dan gas.
Kalau domonopoli memang mudah naikkan harga bila untung kurang,Pentadbiran yg boros bukan alasan nak naikkan harga ,bodoh!