1. PARTI KOMPONEN KAU KATA PERKASA ADALAH PERTUBUHAN RASIS/PERKAUMAN !
Bonus untuk Barisan Nasional - Bendahari MCA nak letak jawatan juga katanya kalau DS Chow Soi Lek jadi Presiden MCA?
Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.
Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.
Hock Nam berkata, ucapan pemimpin dalam Mesyuarat Agung Perkasa pada 27 Mac lalu banyak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh memecah belahkan perpaduan di Malaysia.
"Saya membawa ideologi parti Gerakan yang menentang perkara yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Perkasa mahu Hock Nam dan Chew June serta dua akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.
Selain itu, Perkasa turut mendesak Hock Nam dan Chew June untuk memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana melabelkan ucapan beliau sebagai menjijikkan dan bersifat perkauman semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan.
Hock Nam berkata, persidangan tersebut ada menyebut bahawa kaum Cina akan merampas Malaysia pada masa akan datang dan ini sama sekali tidak benar.
"Ini jelas menyentuh isu perkauman dan tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemimpin. Dalam perlembagaan ada menyebut bahawa tiada diskriminasi ke atas mana-mana kaum dan agama di negara ini,'' jelasnya.
Hock Nam turut menafikan beliau menyebut ucapan Dr. Mahathir sebagai menjijikkan sebaliknya berkata, kenyataannya telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment