
Ahli PArlimen Bayan Baru (Bebas) ingat beliau akan dilayan seperti bayi yang baru lahir.Kerana sebelum ini beliau istihar dalam ucapan sulungnya bahawa beliau adalah suci bersih kerana keluar dari tempat kotor.Rupanya penghinaan dan tuduhan beliau pembohong yang beliau dapat.
Terkini Ahli Parlimen Kalabakan (BN) tealah meminta agar
Zahrain menarik semula tuduhannya kepadanya.Beliau juga meminta agar percakapannya disiarkan seluas-luasnya seperti liputan berita Zahrain di akhbar dan TV Kerajaan.
Antara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan (BN), Datuk Abdul Ghapur Salleh mengenai Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim:
"Umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, itu sebab dia lompat".
"Mungkin dia lompat ada dia minta kepada kerajaan Pulau Pinang, tak dapat".
"Sekarang sudah jadi bebas, kocek pun mungkin sudah penuh".
"Umno jangan terima seperti ini. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia boleh gigit ketua kita juga"
"Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang, jadi macam-macam tohmahan".
"Kalau orang seperti ini masuk Umno, mungkin Umno punya orang akan keluar".
"Kita tahu habuan yang dibagi".
Hanya berjiwa syaitan sahaja yang merasakan dirinya masih bermaruah kalau dilondeh-londehkan kelaku buruknya.
No comments:
Post a Comment