Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 24, 2010

INILAH SAJA PERJUANGAN PEMUDA UMNO

Buat laporan polis,buat konvoi,buat laporan polis,buat konvoi dan terbaru pemuda UMNO dan kemaruk demo dijalanan .
Pada Sabtu lepas Pemuda Umno membuat empat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan beliau menggunakan nama Yang DiPertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia ketika merancang untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Pindakan Pergerakan Pemuda Umno Selangor membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim menggambarkan ketidakfahaman mereka mengenai peranan dan fungsi Parlimen.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak mempunyai apa-apa kesalahan politik kerana ia dibuat dalam rangka peranan beliau sebagai Ketua Pembangkang.

“Pemuda Umno sebenarnya cuba memperalatkan pihak polis dengan menggunakan undang-undang dan mereka tidak faham apa itu Parlimen.

“Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kekebalan atau imuniti Ahli Parlimen kerana isu yang di bawa Permatang Pauh tersebut dibahaskan di dalam Dewan.

“Kita tidak boleh samakan dengan jenayah sedangkan ini adalah perbahasan politik.

“Kita akan fokus kepada isu politik dan tidak akan melayan cubaan untuk menakutkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” kata Sivarasa kepada Suara Keadilan.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail pula berpendapat undang-undang negara kita ini aneh kerana terpakai untuk kerajaan Umno-Barisan Nasional tetapi tidak kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata tindakan Pemuda Umno hanya membuang masa dan sepatutnya mereka menumpukan kepada isu besar yang dihadapi negara.

“Inilah ruang undang-undang yang disalahgunakan, mereka sebenarnya langsung tidak memahami sistem perundangan negara kita,” kata beliau.

No comments: