Kalau benar bagai dikata, elok benar di komfom harta Tun M agar bertambah satu nama lagi dalam 40 orang terkaya di Malaysia.Kita jangan sia-siakan info yang akan menonjolkan ramai orang Melayu kaya di Malaysia.Tentunya orang UMNO akan bangga pemimpin beasrnya adalah orang yang kaya dan dapat menolong dan meyumbang pada rakyat terutama rakyat yang patuh pada pemimpin UMNO.
AMK Desak SPRM Siasat Harta Dr Mahathir Dan Menteri Umno-BN
Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 28 Feb - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak menyiasat harta mantan Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri dan menteri Umno dan Barisan Nasional dan jika perlu mengambil langkah yang sama seperti negara jiran Thailand yang merampas harta dan aset bekas Perdana Menteri negara itu.
Ini kerana penulis Barry Wain yang juga bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan wang rakyat sehingga RM100 bilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari 1981 sehingga 2003.
Jumaat lalu Mahkamah Agung Thailand telah membuat keputusan merampas harta bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan keluarganya yang berjumlah 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) yang dibekukan oleh kerajaan Thailand semasa itu.
Panel hakim yang membuat keputusan itu berkata jumlah wang yang dirampas dianggap sebagai kekayaan tambahan daripada penyalahgunaan kuasa oleh beliau semasa memegang jawatan tersebut.
Thaksin didapati bersalah kerana menyalahguna kuasa sebagai ketua kerajaan dalam memberikan keistimewaan kepada konglomerat telekomunikasi Shin Corp dan mahkamah juga mendapati beliau merupakan pemilik sebenar Shin Corp.
Ini menyalahi undang-undang kerana pada ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mengulas perkara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta SPRM menjalankan tugas mereka menyiasat Dr Mahathir dan menteri-menteri Umno-BN berhubung salahguna wang rakyat.
Ini berikutan pindaan akta SPRM yang baru yang membolehkan siasatan serta dakwaan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kerajaan dalam tempoh 10 tahun setelah bersara.
"Sudah tiba masanya SPRM membuka kertas siasatan terhadap dakwaan Barry Wain terhadap Dr Mahathir.
"Walaupun sumber tersebut datang daripada pihak ketiga tetapi ia akan menjadi kayu pengukur menguji kewibawaan politik SPRM dalam melaksanakan undang-undang dengan tegas dan adil.
"Jika kandungan buku tulisan Barry Wain itu tidak benar, sewajarnya Dr Mahathir mengambil tindakan menyamannya. Pemimpin Umno-BN takut akan ada banyak skandal terbongkar jika mereka di dakwa dimahkamah. Yang peliknya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri tidak mengharamkan buku tersebut," jelas Shamsul.
Beliau menyelar SPRM yang seolah-olah menumpukan kes penyalahgunaan kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sahaja tetapi enggan mengambil tindakan terhadap ramai pemimpin tinggi Umno-BN yang korup walaupun berpuluh-puluh laporan rasuah telah dibuat.
"Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru sepatutnya Datuk Abu Kassim Mohamed mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap suruhanjaya itu tanpa mengira sesiapa, samada daripada kalangan Pakatan Rakyat mahupun Umno-BN", tegas beliau lagi.
suara-keadilan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment