Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 1, 2010

KOMEN BERNAS BLOGGER UMNO YANG PATUT DIHORMATI

Sebagai Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh ada hak untuk bersuara mewakili kawasannya iaitu Gua Musang. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan, dia layak bercakap mewakili Parlimen Gua Musang. Oleh kerana pengundi Gua Musang memberikan mandat kepadanya untuk mewakili mereka, maka Tengku Razaleigh bersuara bagi pihak pengundi Gua Musang. Hak itu usah diperlekehkan walaupun bertentangan dengan pendirian UMNO. Tengku Razaleigh bukan ketua kerajaan dan pandangannya tidak lebih dari sekadar pendapat Ahli Parlimen Gua Musang.
Orang yang berhak bercakap bagi pihak Negeri Kelantan ialah Menteri Besar, Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Begitu juga bagi pihak Kerajaan Pusat, Dato’ Mustafa Mohamad. Dia ialah anggota kabinet. Dalam konteks UMNO, Mustafa ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Nik Aziz telah nyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Kelantan. Mustafa pun telah nyatakan pendirian rasmi Kerajaan Pusat. Satu ke kiri, satu ke kanan. Masing-masing ada hujah. Masing-masing merasakan mereka betul. Bacalah hujah mereka, dan fikirkanlah sendiri.
Kedua-dua mereka tahu bahawa tempat untuk menyelesaikan perbalahan ini ialah Mahkamah. Namun, apa yang penting sekarang bukannya menyelesaikan perbalahan tersebut; tetapi untuk menang di mahkamah pendapat rakyat atau disebut sebagai “the court of public opinion.” Kedudukan dari segi undang-undang tak penting pada masa ini kerana semua pihak merasakan mereka betul. Apa yang penting ialah rakyat menyokong pendirian tersebut.

Saya faham pemimpin-pemimpin UMNO ingin menang isu ini. Mana ada orang politik yang tak mahu menang. Itu saya boleh faham. Kalau nak menang di mahkamah pendapat rakyat, Kerajaan Pusat kena pastikan wang ini sampai terus kepada rakyat. Rakyat dalam konteks ini maksudnya rakyat Kelantan. Pemimpin UMNO pun rakyat juga, namun dalam konteks ini mereka boleh dikecualikan, ataupun tidak perlu pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam senarai keutamaan penerima wang ehsan.
Kritikan terhadap agihan sebegini ialah ia tidak sampai kepada rakyat seperti yang diharapkan, ataupun proses agihan itu dikawal oleh pemimpin UMNO. Sekiranya kawalan itu bertujuan menentukan ia sampai kepada rakyat, saya fikir itu boleh diterima. Apa yang kita tolak ialah apabila kawalan itu menjadi batu penghalang ia sampai kepada rakyat yang sepatutnya dapat.
Kedua, pastikan ia digunakan untuk membiayai projek-projek yang diperlukan oleh rakyat. Saya fikir rakyat Kelantan tidak mahu wang ehsan dibelanjakan untuk membina Masjid Kristal atau membiayai satu lagi Monsoon Cup. Mustafa kena pastikan wang itu tidak dihabiskan bagi membiayai projek sedemikian. Fokus kepada perkara-perkara seperti perumahan, pendidikan, pekerjaan atau projek berbentuk titik sentuhan rakyat.
Dan ketiga, tentukan ia diagihkan secara telus. Kalau perlu, beli iklan besar-besaran dalam akhbar, senaraikan projek dan kontraktor yang mendapat projek itu. Sahabat saya, Sdr Sayuti Omar cadangkan letak di papan iklan di sekitar Kelantan. Ah, itu pun boleh juga. Tunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat agihkan wang itu kepada kelompok sewajarnya.

Saya tak percaya polemik ini akan berakhir di sini. Penyokong Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan akan terus berhujah sama ada di media sosial, di ceramah politik dan di kedai-kedai kopi. Atas sebab itulah maka Mustafa kena tentukan sistem penyampaian cekap dan agihannya menyeluruh. Menyingkirkan Tengku Razaleigh bukan jawapannya!

No comments: