“Saya tidak akan merayu kepada Sultan Pahang” kata Kartika
IPOH: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya.
“Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.
“Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima,” katanya.
p/s: Saya pernah terdengar ceramah daripada seorang ustaz yg berjumpa dgn Kartika dan bertanyakan kenapa beliau tak nak merayu. Mengikut ustaz tersebut, Kartika ingin melihat undang-undang islam dijalankan di Malaysia. Beliau berharap selepas beliau jalani hukuman ini, orang yang meminum arak akan dihukum dgn undang2 islam iaitu sebat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment