PENANGKAPAN MAZLAN KERANA KERAJAAN BN YANG MENGHARAPKAN UNDI FELDA DAN HASIL MAHSUL FELDA SUDAH MERASA BAHANG TEKANAN DI ATAS KESEDARAN PENEROKA, ANAK & KELUARGA PENEROKA ITU SENDIRI.
Ini terbukti bila Felda dan kerajaan BN gagal menjawab segala isu yang diketengahkan oleh Mazlan Aliman dan NGO pimpinannya Anak sehingga beliau ditangkap oleh Polis. Itulah sahaja cara dan kaedah BN dan agensinya berdepan dengan rakyat.
Bila kalah berdialog orang yang menang akan di blok pegerakan mereka.
Bila kemenangan FELDA Kemahang berlaku, ramai peneroka tercelik dan kebanyakan sedang cuba bangkit mencari info untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan sebenar.
Walaupun Kerajaan BN tidak mahu bayar namun proses menambah kesedaran kepada peneroka wajar diteruskan sehingga dapat diterjemahkan ke dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), ditahan polis Pahang di Raub tengah malam tadi dipercayai berkaitan dengan dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau, yang menyentuh pengurusan Felda.
Mazlan sebelum ini mengetuai deligasi 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.
Rujukan anda :-
http://jiwokelate.wordpress.com/2008/01/28/felda-kalah-lagi-kepada-354-peneroka-kemahang-3/
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=382309
No comments:
Post a Comment