Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 22, 2010

MASA BILA RAKYAT & PEMIMPIN MALAYSIA PERCAYA CAKAP YAHUDI ?

Selama ini Yahudi bercakap benarkah berkenaan penganiyaan rakyat rakyat & negara Palestin? Mungkin pemimpin BN kita saja yang percaya dan sanggup berhubungan dengan mereka.
APCO Worldwide pernah menafikan bahawa 1Malaysia bukanlah idea mereka,tetapi bolehkah mereka menafikan bahawa mereka berkhidmat untuk memberikan idea kepada kerajaan pimpinan PM UMNO ini?
Apa bila isu membayar Yahudi ini ditepis penyokong UMNO bahawa PAS pernah mengharamkan Yahudi berniaga di Malaysia,tetapi ramai juga orang PAS turut menggunakan barang Yahudi,adakah mereka sudah lupa bahawa ayah MP Jerlun yang juga bekas PM yang ke-4 pernah menyeru umat Malaysia untuk memboikot barangan Yahudi?
Sejauh manakah kejayaan pemboikotan barangan Yahudi ini?Sedangkan PM kita melanggan khidmat Yahudi.

Walaubagaimanapun,kenyataan MP Permatang Pauh bahawa 1Malaysia itu dicedok daripada One Israel bukanlah sesuatu perkara yang besar sehingga Barisan Nasional mahu menjadikannya sesuatu perkara yang begitu kuat dan menganggap itu salah satu fitnah.Selama ini,bukan tidak ada MP daripada BN seperti MP Rembau yang begitu lantang tidak bertempat dan sentiasa menyerang secara peribadi di dalam sidang Dewan Rakyat,begitu juga dengan MP Padang Rengas,pernahkah mereka di bawa kepada jawatankuasa parlimen atas usul MP-MP pembangkang?Tidak juga pernah bukan?Sebab kebebasan suara adalah elemen dalam demokrasi.Tetapi,isu 1Malaysia ini lebih kepada kerajaan dan bukannya peribadi,melainkan Perdana Menteri Malaysia sendiri melanggan APCO Worldwide secara peribada dan bukannya melalui kerajaan.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Dalam hadis nabi ada menyebut agama itu nasihat.Bagi saya istilah nasihat adalah satu perkara yang amat penting terutamanya didalam perkara-perkara pengarahan dan matalamat serta panduan kearah kejayaan dan kecermelangan.Istilah ini juga amat intim dengan amarmakruf dan nahimungkar supaya ia segar dan berjalan didalam kehidupan umat islam.Bagi sebuah kerajaan islam maka golongan Ulamak adalah sebaik saluran untuk menasihat kerajaan dan rakyat.Serta menambah baik akan kehidupan keagamaan(Addin Islam) bagi sesuatu negara Islam ini dan penyelamat dan benteng dari dirosak oleh musuh-musuh Islam.Bagi sebuah negara Islam itu juga boleh menjadi malang jika ia mengambil institusi atau sebanding dengannya dari kumpulan yang memusuh Islam dan umatnya.Apatah lagi ia dilanggan untuk mencampuri urusan kenegaran dan kebajikan rakyat.Maka hasilnya ialah malapetaka jika tidak diatasi oleh rakyat dan ulamaknya.