Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 22, 2010

DARIPADA ALLAH KITA DATANG

A-Fatihah & Takziah

Kami bagi pihak semua ahli Pas Hulu Selangor mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga di berikut yang telah pulang ke Rahmatullah:

MOHD AMLI HUSSEIN (43) - Suami
PN. NOORA MOHD ZAWI (40) - Isteri
HAKIMI AKHMAD MOHD (12) - Anak

Dan panjatkan doa kepada Allah agar diberi kesembuhan kepada anak-anak mereka:

NOORUL FAEZA MOHAMAD (16) - Dalam ICU
AMRUL AHMAD MOHAMAD (14) - Selamat
SAFI MOHAMAD (7) - diwadkan
SAFIQ MOHAMAD (5) - diwadkan

Saudara Mohd Amli Hussein adalah Bendahari Pas cawangan Jasmin, Serdang.
Pn. Noora Mohd Zawi adalah ahli Pas cawangan Jasmin, manakala anaknya Safiq adalah pelajar Pasti di Taman Jasmin.

Berita kemalangan saudara Mohd Amli Hussein diketahui jam 10.00 pagi Ahad semalam.

Sempena cuti sekolah Saudara Mohd Amli membawa keluarganya pulang ke Kelantan menziarahi keluarganya dan bergerak pulang ke Kajang pada pagi-pagi hari Ahad. Dalam perjalanan antara Gua Musang - Kuala Krai kereta yang dipandunya bertembung dengan lori yang mengelak dari kereta yang memotongnya dekat Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) Kesedar Paloh. Mereka semua dihantar ke Hospital Kuala Krai. Jenazah ketiga-tiga beranak menurut Saudara Shahrum selamat dikebumikan di kampong Salor, Pasir Mas, Kelanatan.

No comments: