Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, March 29, 2010
KELANTAN DAN JOM HEBOH BERI CONTOH TERBAIK
KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.
Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.
Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri,” katanya.
Menurut beliau, pihak penganjur tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.
“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.
Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.
Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothers), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dulu fatwanya , nyanyian itu melekakan. eleh . cakap boleh le. cakap pun macam paria aje. dulu haram , sekarang halal pulak. melalak sana, melalak sini. sudahlah.
assalamualaikum
Bacaan alQuran secara melagu dibolehkan,supaya ada tarikan untuk orang mendengarnya.Sudah pasti isi-isi lagu itu ialah wahyu dari Allah yang tidak mendatangkan kelalaian malah mendatangkan syahdu bagi yang mendengarnya.Sama jugalah dengan zikir-zikir yang boleh diucapkan dengan alunan yang menyedapkan dan terus masuk ke jiwa bagi pengzikir.Adakala kita mendengar alunan hempasan ombak,desiran angin,kicauan burung,dentuman guruh dilangit dan agas-agas dihutan,semuanya boleh meyedapkan telinga dan penawar bagi diri yang bosan.Oleh itu makna lagu dan nyanyian perlu difahami dari sudut pandangan Islam.Ulamak Islam lebih menekan lagu dan nyanyian yang yang bersendikan kemaksiatan,kerendahan moral,lirik-lirik memberahikan dan melupai akan tanggungjawab insan perlu dijauhkan dan ditegah.Keputusan yang tepat sekiranya kita berada diprogram Jom Heboh selama 2 hari diKota Bharu diKelantan untuk menjawab komen yang pertama diatas itu.
Post a Comment