Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 29, 2010

JANGAN SALAH GUNA GADIS LOMPAT


Bukan sebarang nama, namun rasanya tepat sekali bila ada sejenis pokok yang dinamakan "Pokok Gadis Lompat" memandangkan fungsinya sangat bagus untuk kaum wanita. Ramai yang dah mencuba termasuk mem saya.

Kepada sesiapa yang mengenali pokok ini terutama mereka yang tinggal di sekitar Bukit Frazer, Raub... rasanya tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk mendapatkan pokok ini.
Saya dapat mengenalnya semasa bertugas di Tersang Dua Raub selaku wartawan sebuah akhbar, dan sesekali berpeluang ke Bukit Fraser semasa pesta Bird Race. Beberapa orang Asli sekitar berkenaan memperkenalkan pokok berkenaan.

Nama kampung : Pokok Gadis Lompat dan bila saya rujuk kepada beberapa buku mengenai tumbuhan tempatan, ternyata nama saintifik pokok ini ialah: Chloranthus Erectus

Pokok ini merupakan tumbuhan separuh renek yang boleh mencapai ketinggian hingga Dua meter. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil yang berwarna putih.Ia biasa tumbuh pada ketinggian 100-2000 meter dari aras laut, dan banyak di dapati di sekitar Bukit Fraser.
Dalam beberapa catatan lain, pokok ini juga boleh ditemuai di negara-negara seperti Guangxi, Guizhou, Sichuan, Yunnan, Bhutan, Cambodia, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Philippines, Sikkim, Thailand, Vietnam.
Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi putih apabila matang. Apa yang menakjubkan lagi, pokok ini boleh dibiakkan melalu biji benih dan keratan batang.

KEGUNAANNYA
Herba ini juga boleh digunakan untuk merawat demam, sakit kepala dan meningkatkan tenaga batin terutamanya bagi wanita. Selamat mencari dan mencubanya... aWAS..!!. jangan berikan pada gadis, bimbang terlompat mencari sesuatu.. kecuali yang dah kawin. Pada kaum lelaki pula janganlah menyalahgunakan air rebusan pokok ini!!

No comments: