Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 29, 2010

INILAH ADUN BEBAS ORI,TAK MAIN LOMPAT ATAU KHIANAT PARTI PUNYA


Ramai yang tidak mengetahui bahawa calon bebas juga boleh menang pilihanraya dengan tiket bebas. Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di DUN Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat. Ini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan.

Saya pun baru mengetahui sejarah yang menakjubkan ini. Sebelum ini, saya ketahui calon bebas yang menang kebiasaannya di Sabah, Sarawak dan Labuan. Jadi kalau berlaku pada calon Melayu, ini merupakan sejarah yang besar.

Yang menakjubkan, beliau memang bertanding atas tiket bebas dan menggunakan lambang bebas dalam pilihanraya. Beliau bukan orang yang jadi bebas selepas lompat atau letak jawatan dari sesuatu parti. Selepas menang kerusi ini, beliau juga tidak menyertai parti mana-mana termasuk BN atau PAS waktu itu. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah seorang guru selama 20 tahun di kawasan berkenaan.(Di atas adalah gambar beliau)

No comments: