Hapuskam "Syaitan" Besar...
Ketua Cabang Ipoh Barat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fauzi Muda mendesak Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera melakukan reformasi dalaman khususnya bagi PKR negeri Perak.
Menurutnya, PKR Perak telah jauh lari dari landasan perjuangan yang asal untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara.
“Apa yang berlaku dalam PKR Perak akhir-akhir ini adalah lebih kepada membawa agenda politik peribadi, kabilah dan menjadikan PKR sebagai hak milik tertentu.
“PKR Perak sebenarnya dipenuhi watak-watak jahat dari syaitan-syaitan besar yang mempunyai agenda besar untuk menjadikan PKR sebagai platform mereka mengejar impian serta agenda peribadi mereka.
“Syaitan besar yang sedang bermaharajalela dalam PKR Perak sekarang telah menggunakan berbagai cara termasuk bermain politik kotor serta jahat terhadap sesama sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, kelmarin.
Fauzi berkata, buktinya beliau kini dijadikan mangsa watak-watak jahat sebagai pencacai kepada syaitan besar untuk difitnah, diaibkan dengan berbagai tuduh terhadap beliau agar dibenci oleh ahli parti dan masyarakat.
Katanya, gerakan licik kumpulan ini dalam PKR Perak sekarang adalah untuk memastikan mereka dapat mengetepikan mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan mereka.
“Mereka ini dilihat sedang bermaharajalela dalam usaha untuk mengukuh kedudukan dan berkuasa di dalam parti, dalam masa yang sama berusaha menghalau individu yang bukan dari kabilah mereka.
“Kerana itu, ramai pejuang lama yang ikhlas bertindak meletak jawatan serta tidak mahu terlibat lagi dalam hal ehwal parti kerana kecewa, marah dan tidak berpuas hati.
“Ada yang masih memegang jawatan tetapi jauh di sudut hati gelisah, kecewa serta meluat melihat tingkah laku mereka ini.
“Pemimpin ini hanya mampu berdiam diri dan ikut arus permainan kerana menjaga nama baik parti,” katanya.
Beliau berkata, gesaan ini adalah semata-mata mahu melihat PKR Perak diselamatkan dari kumpulan berkenaan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikuim
Mungkin tiada salah menggunakan pelbagai ramuan dan bahan yang digunakan oleh Pas untuk mengwujudkan kekuatan dan ketakutan kepada pihak lawan.Boleh ikut tauladan macammana pimpinan dan ahli-ahlinya berinteraksi tanpa merosakkan keuntuhan dan perpaduan.Boleh amalkan peraturan dan pemakaian untuk meningkatkan kualiti perjuangan,keikhlasan dan keimanan yang menjadi intipati pendidikan-tarbiyah dalaman Pas.Jangan bersendirian tapi hendaklah berkongsi pengalaman kesusahan dan liku-liku corak pimpinan dengan dari peringkat cawangan hinggalah kepusat dengan sahabat yang bernama Pas tanpa segan dan berterus terang.Itulah gunanya sahabat untuk menolong samaada susah atau bila memerlukan.Ini pandangan saya untuk PKR Perak negeri teman.
Post a Comment