Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 2, 2010

DILUAR DUGAAN ,TIBA_TIBA BELIAU MUNCUL ...Syabas


Di luar dugaan…Zulkifli muncul mengadap jawatankuasa Disiplin PKR

Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin mengejutkan para wartawan yang standby di ibupejabat PKR di Petaling Jaya bila beliau muncul untuk mengadap Jawatankuasa Disiplin parti itu seperti dijadualkan jam 3 petang Isnin.
Ini kerana sebelumnya beliau dipetik sebagai memberitahu tidak akan hadir mengadap selagi suratnya pada 27 Februari minta jawatankuasa itu terima beberapa tuntutannya tidak dipenuhi.Malah ada ahli jawatankuasa itu kata tidak yakin beliau akan hadir.

Zulkifli tiba di pejabat itu dan langsung mengadap empat orang ahli Jawatankuasa Disiplin PKR,

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu Zulkifli berkata beliau dikehendaki mengadap jawatankuasa itu semula pada Khamis 4 Mac ini.

Zulkifli menafikan beliau ada menyebut tidak mahu hadir mengadap jawatankuasa itu hari ini.

“Saya tak pernah cakap begitu. Sejak dari awal saya sudah beberapa kali sebut firaun-firaun kecil ini memang tak sabar tunggu saya keluar parti. Mereka membuat banyak tohmahan dan cerita. Sampaikan pagi tadi ada yang buat cerita kononnya saya akan isytihar keluar parti.

“Macam-macam cerita saya dengar. Antaranya kononnya saya tidak akan datang kerana takut. Saya sudah hantar tiga surat mengesahkan saya akan datang. Ini kerja firaun-firauan kecil itulah.

“Cerita-cerita ini hanya untuk mencemarkan nama saya. Saya akan lawan mereka. Saya tak akan keluar parti kecuali jika dipecat,” katanya.

Ditanya apakah tindak tanduk beliau disengajakan supaya parti memecatnya, Zulkifli menjawab: “Buat apa saya nak buat sesuatu supaya parti boleh memecat saya? Saya boleh pecat diri saya sendiri."
Ditanya lagi apakah tindakannya jika dia benar-benar dipecat, Zulkifli menambah, “Ini hanya spekulatif. Kita tengoklah. Jika ia berlaku barulah saya komen.
Antaranya laman Malaysiakini memetik beliau ketika dihubungi sebagai berkara ‘ no way’ beliau akan hadir pertemuan dengan Jawatankuasa Disiplin.
Agendadaily sendiri difahamkan asalnya beliau tidak akan hadir selagi tuntutannya antaranya mahu ahli Jawatankuasa Disiplin semuanya terdiri dari mereka yang beragama Islam tidak dipenuhi.
Malah ada seorang ahli jawatankuasa itu yang tidak mahu namanya disebut memberitahu mereka belum lagi menjawab surat berkenaan.

Katanya adalah sukar bagi mereka untuk penuhi tuntutan Zulkifli itu.

Menjawab soalan wartawan Ahli Parlimen Bandar Bharu Kulim itu berkata berkata beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak akan mempergunakan sesiapa, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentang golongan yang beliau gelar sebagai firaun-firauan kecil yang cuba menjatuhkannya.

“Sejak saya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, saya telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan sama ada ditangkap, ditahan, disumbat ke penjara dan sebagainya. Saya telah melalui banyak perkara yang lebih teruk.

“Datuk Seri Anwar adalah rakan saya. Dia juga seperti abang saya. Walaupun saya mempunyai hubungan yang baik dengannya saya tidak akan sekali-kali mempergunakannya. Saya akan berdepan dengan firaun-firauan ini secara bersendiri. I think I am capable to fight them and I will fight these pharaohs (firaun).

Zulkifli berkata, sebelum menghadiri pertemuan dengan Jawatankuasa Disiplin, beliau telah menghantar tiga pucuk surat bertarikh 16, 23 dan 27 Februari dan dalam surat-surat itu beliau telah mengemukakan lapan isu untuk diperjelaskan.

“Mereka tidak menjawab surat itu sehingga kini. Saya hanya menerima cadangan daripada jawatankuasa disiplin supaya saya membangkitkan isu itu hari ini (Isnin). Mereka memerlukan masa untuk mengkaji isu-isu berkenaan,” katanya.

Zulkifli berkata beliau tidak boleh mendedahkan isu-isu yang dibangkitkan itu kerana jawatankuasa disiplin sedang mengkajinya. Katanya, dia akan mengadap jawatankuasa disiplin semula pada 4 Mac untuk mengetahui keputusannya.

“Saya kemukakan lapan isu dan bukan lapan tuntutan seperti yang digembar-gemburkan. Saya telah mengemukakannnya secara lisan kepada jawatankuasa badan disiplin seramai empat orang,” kata Zulkifli yang memberitahu dia menerima lebih dari 400 SMS sejak pagi Isnin.

“Kebanyakan SMS itu bertanyakan khabar-khabar angin yang mengatakan saya akan keluar parti dan juga bertanya mengapa saya tidak akan datang mengadap jawatankuasa disiplin. “Saya buat tak tahu. Letih nak layan semuanya.”

Zulkifli enggan mengulas kenyataan bekas setiausaha agung PKR yang mengadakan lebih 10 ahli parlimen PKR akan keluar parti. “Itu kena tanya dia sendiri. Mana dia dapat maklumat itu? Saya hanya boleh bercakap bagi diri saya sendiri,” katanya.

Menyentuh tindakan Tan Tee Beng yang keluar parti, Zulkifli berkata dia kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu. “Mungkin dia sudah sampai peringkat tidak boleh kompromi, terutama mengenai isu membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.”,katanya.

Beliau turut ditanya sama ada menemui Anwar selepas kembali dari menghadiri satu persidangan Korea Selatan.

“Itu hal peribadi. Tak perlu dedah. Tetapi saya boleh bagi tahu, saya dengan Datuk Seri Anwar tak ada masalah. Malah, saya berpendapat, sepatutnya dalam keadaan kritikal seperti ini, kita patutnya bergabung tenaga untuk mempertahankan beliau, tetapi firaun-firaun kecil ini memilih untuk menimbulkan masalah.”

Apabila ditanya sama ada Anwar sedar mengenai kewujudan firaun-firauan kecil yang disebutnya itu, Zulkifli menjawab, “ Sometimes they are too little, they cannot be seen. But these little things sometimes can cause a lot of problem . Ia seperti anai-anai, you cannot see them, but by the time you realized , rumah dah roboh.”

Ditanya sama ada beliau menerima “pinangan” daripada mana-mana parti, termasuk UMNO, Zulkifli memberikan jawapan secara berseloroh yang membuat semua wartawan tergelak.

“Tak ada. Yang saya tahu DAP yang ghairah nak dapatkan saya. Saya dengar Guan Eng bersungguh-sungguh nak ajak saya join , jadi chairman . Hmmm, saya akan pertimbangkan,” katanya disambut gelak ketawa wartawan. – 01/03/10.

2 comments:

Samdol said...

mangkok ni sembang aje lebih,cakap xserupa bikin. Bikin xserupa cakap... Bikin xcakap dan cakap yapi xbikin.....piiiirah.

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat,

amat sukar umat Islam nak bersatu, sudah berkuasa bergaduh pula. knp sukar utk cari pnyelesaian, bersyukur krana diberi kuasa, jika tak bsyukur Allah pasti ambil semula.