Kerajaan hentikan pembiayaan bil utiliti sekolah?
Tindakan kerajaan hentikan biaya bil utiliti sekolah satu penganiayaan!
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Terbaharu, kerajaan didakwa telah menghentikan pembiayaan
bil-bil utiliti (Eletrik, Air dan maintenance) kepada sekolah-sekolah seluruh negara
berikutan kegawatan ekonomi.
Demikian ulas Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaffar yang mendakwa mendapat maklumat dari pendedahan persatuan yang membabitkan pendidikan berhubung tindakan kerajaan itu.
Tindakan itu bagi Kamaruddin hanya akan membebankan sekolah, ibu bapa dan
pelajar yang hari ini terus dihimpit dengan masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan
pelbagai caj perkhidmatan dan harga barangan.
Ujar Kamaruddin, ia hanya memberi beban baru kepada ibu bapa dan tambahan
penyiksaan kepada golongan ibu bapa yang miskin yang mungkin selepas ini terpaksa
menghadapi kenaikan yuran sekolah.
"Ini juga membawa maksud bahawa ekonomi negara tidak pulih, tidak seperti yang
didakwa pemimpin tinggi kerajaan hari ini," katanya lagi.
Dari membebankan sektor pendidikan, seharusnya kerajaan membuat penjimatan
dalam sektor lain termasuk hiburan dan sukan yang sebenarnya sebelum ini terlalu
banyak berlaku pembaziran, katanya.
Dengan pemotongan ini, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak sebenarnya
mengkhianati janji dalam slogan One Malaysia, "rakyat didahulukan pencapaian
diutamakan".
Sebelum ini, Sementara itu, Harakah mendapat maklumat dari sumber bajet
Kementerian Pelajaran tahun 2010, telah banyak dipotong.
Seorang pemberi maklumat berkata, baru-baru ini beliau dimaklumkan sebuah sekolah
di Seremban yang dikira elit, gurunya terpaksa guna duit sendiri dan melantik
kontraktor untuk baiki lantai kelasnya yang banyak rosak.
Dalam masa yang sama, Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan
Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah
hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air
mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk
minum pagi dan petang, kata sumber.
Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya
RM4 sehari.
Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos
latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang
pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.
"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan
mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan
petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan
tengah hari.
"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf
profesionalisme guru," katanya dalam satu laporan akhbar.
Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak
disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat
dilangsungkan.
Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan
membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya
atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.
"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang
yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.
Posted by Politiksukusakat at 10:07 PM
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment