Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 27, 2010

ANTARA KEBEJATAN KHIR TOYO & MUHAMMAD TAIB , G PALANIVEL JUGA PILIHAN BN

Parlimen Hulu Selangor (P94) bergolak semula.Masalahnya pergolakan hebat masih bersifat masalah dalaman BN.Apa tidaknya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Latif berkata cara terbaik adalah berkongsi pendapat antara semua komponen.Bermakna peluang besar untuk menang adalah penentu calun melalui perkongsian pendapat tersebut.Dengan kata lain,UMNO merasakan pengundi Melayu yang mendominasikan jumlah komposisi Parlimen Hulu Selangor mengharap calun Melayu bertanding di sanan dan yakin akan diber kemenangan.
Sedemikian keluarlah cadangan bekas MB Selangor Muhammada Taib dirasakan layak meniru strtegi Bagan Pinang yang telah membuahkan hasil bila Md Isa Samad dicalun dan menang bergaya di sana.
Khir Toyo pula ,kununnya berdegar menghentam pentadbiran Selangor namun beliau gagal menonjolkan diri dan cadangannya kerana beliau dikatakan kureng digemari team UMNO lama.

Ternyata pilihan raya kecil kali ini mempuyai signifikan yang cukup besar kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bagi membuktikan penerimaan rakyat terhadap mereka.

Sehingga kini MIC telah berkira-kira mahu merampas kembali kerusi berkenaan selepas calonnya sebelum ini, Datuk G. Palanivel tewas di tangan penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum 2008.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengesahkan parti itu akan mencalonkan Palanivel sebagai calon namun menyerahkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN untuk membuat keputusan.

Malah PKR juga telah menyatakan pendirian untuk mengekalkan penguasaan mereka di kawasan berkenaan selepas wujudnya kekosongan ekoran kematian Zainal Abidin akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras kelmarin.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak.

Pada pilihan raya umum lalu, Zainal Abidin menewaskan Palanivel dengan hanya majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC mendapat 22,979 undi.

Bagi MIC, jika BN masih memberikan peluang kepada mereka bertanding di kawasan berkenaan, ia merupakan pelung terbaik bagi parti itu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat serta membuktikan kewujudan mereka dalam arena politik nasional khususnya bagi membela nasib kaum India masih relevan.

MIC perlu menggunakan peluang berkenaan dengan sebaik mungkin kerana semua mata kini tertumpu kepada keupayaan parti itu untuk bangkit semula selepas tewas teruk pada pilihan raya umum lalu.

Bukan itu sahaja, jika BN merestui Palanivel untuk menjadi calon 'kitar semula' di Hulu Selangor bagi menentang Pakatan Rakyat, beliau sendiri perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat.

Palanivel sendiri sebenarnya perlu berjuang bersungguh-sungguh membersihkan kembali namanya serta mengembalikan maruah parti kaum India itu di persada politik tanah air.

Kawasan Hulu Selangor bukanlah asing baginya kerana beliau juga merupakan Ketua MIC Bahagian berkenaan dan pernah mewakili kawasan Parlimen itu selama dua penggal (1999 dan 2004).

Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan berkata, sejak kekalahan MIC di tangan PKR, parti itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan sentiasa turun padang bagi menghulurkan sumbangan tanpa mengira kaum.

"walaupun kita tewas pada 2008, tapi kita tidak pernah menjauhkan diri daripada rakyat malah kita sentisa mengadakan program-program bersama rakyat.

"MIC begitu yakin dapat mengembalikan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada BN pada pilihan raya kecil ini... percayalah," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pemimpin nombor dua parti itu masih mempunyai 'taring' dan 'berbisa' serta sudah bersiap sedia menggempur kawasan Parlimen berkenaan bagi memberikan kemenangan kepada BN.

"Datul Palanivel sangat dekat dengan rakyat, semua penduduk di sana mengenali beliau dan pengaruhnya juga cukup besar di kawasan yang pernah diwakilinya itu," katanya.

Berdasarkan rekod, BN mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali kerusi berkenaan memandangkan pada pilihan raya yang lalu, PKR hanya menang tipis dengan majoriti 198 undi.

Bukan itu sahaja, BN juga telah memenangi kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor iaitu Kuala Kubu Bharu (MCA), Batang Kali (Umno) dan Hulu Bernam (Umno).

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus), India (19 peratus) selain kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli.

Kemenangan BN kali ini juga merupakan kayu pengukur kepada parti itu untuk menilai sejauh mana keberhasilan proses peremajaan yang dilakukan mereka di bawah kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika benar BN memberi kepercayaan kepada MIC, mereka perlu membuktikan kemampuan untuk menghadapi cabaran baru dalam landskap politik tanah air sekaligus memberi jaminan bahawa mereka telah pulih daripada sindrom ditolak rakyat khususnya kaum India sendiri.

No comments: