Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 27, 2010

Aik ? SIANG-SIANG DAH BERI AMARAN !

Hulu Selangor: Jangan Bangkit Isu Pengundi Hantu, Kata SPR

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu pengundi hantu pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana isu itu tidak pernah wujud sebaliknya timbul apabila ada pihak tidak memahami peraturan baru yang dilaksana sejak Julai 2002.

Menurut peraturan yang dikuatkuasa sejak Julai 2002, pemilih hanya boleh mengundi mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalannya walaupun dia tidak tinggal di kawasan itu, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata isu pengundi hantu timbul apabila pemilih itu kembali ke kawasan berkenaan untuk membuang undi tetapi tidak dikenali penduduk setempat.

"Isu pengundi hantu ini mungkin timbul apabila orang yang tidak tinggal di situ kerana telah berhijrah tetapi alamatnya dalam kad pengenalan adalah di kawasan berkenaan, jadi pada hari mengundi dia pulang untuk mengundi dan penduduk sekitar tidak mengenalinya maka timbullah isu kononnya ada pengundi hantu.

"Contohnya seperti di Hulu Selangor nanti, alamat kad pengenalan di Hulu Selangor, tetapi tidak semua pengundi duduk di situ, mereka duduk di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Klang atau di mana-mana," katanya.

Beliau juga menegaskan SPR hanya menggunakan maklumat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengemaskinikan Daftar Pemilih.

Pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor nanti, Abdul Aziz berkata pihaknya akan menggunakan Daftar Pemilih yang disahkan pada Disember 2009 yang menyaksikan 65,058 pengundi layak membuang undi.

Semua yang telah mendaftar sehingga Disember lepas layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti, katanya.

Beliau juga tidak hairan jika badan itu sekali lagi dijadikan tempat melepas geram oleh pihak yang tidak berpuas hati kelak.

SPR tidak mengikut arahan mana-mana pihak, sebaliknya menjalankan tugas berpandukan perundangan yang telah ditetapkan, tegasnya.

1 comment:

BUJANG SUSAH said...

hahahaa... ayat mcm nak adakan pengundi hantu jer tu...