
TV3 pernah bengkrap atau muflis dahulu tetapi di menten oleh Perdana Menteri pada masa itu.Diselamatkan oleh pembayar tertentu.Sedarkah TV3 bahawa doa rakyat akan meranapkan TV tersebut kalau terus melampau membuat laporan yang sengaja tidak betul dan mengelirukan rakyat.
Rakyat Malaysia dah masak dan sudah sedia maklum bahawa TV3 sememangnya dari zaman kewujudannya telah menjadi media berpengaruh yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional, Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional pastinya mendapat sokongan dan liputan meluas oleh TV3, maklumlah stesen TV swasta ini bermotifkan keuntungan dan menjaga periuk nasi dan kelangsungan politik BN agar dapat terus bertahan di negara ini. Pegawai dan kakitangannya ingatlah perlakuan mereka akan mendapat balasan di akhirat dan selepas mereka mati nanti.
Tengoklah contoh benar dan terkini tektik TV3 untuk menanamkan kebencian penonton (rakyat) agar membenci DS Anuar Ibrahim. Kalau kita tengok filem cerita perompak jarang sekali director filem nak buat watak perompak yang berkopiah dan membawa tasbih, bukan sahaja pakaian malah rupa pelakon yang memegang watak perompak atau perogol akan dipilih dari kalangan pelakon yang mempunyai wajah bengis, senang kata muka pecah rumah lah.... hahaha... jadi dengan ini penonton akan merasa kejahatan perompak walau hanya dengan memandang wajah pelakon sahaja. Jadi apa kaitan dengan DSAI? cuba anda lihat gambar di bawah ini, setiap kali berita berkenaan DSAI keluar di TV3 pasti gambar yang sama digunakan. Dia pilih wajah DSAI yang paling bengis sekali hahaha... kalau tengok memang tak macam ahli politik tapi macam muka perompak.... Sapa punya kerja nih? sapa lagi.... Berita terkini hiburan sensasi TV3 lah
No comments:
Post a Comment