Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 9, 2010

SERONOKNYA SELEPAS MERAPU DI BLOG , MERABAN DI TV

Malam tadi teman berpeluang menengok telebisen atas perbincangan Yang Berhormat Zulkifli Nordin dengan pengacara yang nasib baik tidak setanding Johan Jaafar. YB Seperti yang diketahui terutama blogger yg biasa baca blog beliau ,malam tadi beliau secara terang terangan meluahkan rasa tak senang dengan sebuah Parti dalam Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh beliau sebagai 'duri dalam daging' di dalam pakatan rakyat. Kenyataan itu dijangka akan mengundang kontroversi tak baik di dalam Pakatan Rakyat. Tambahan lagi musuh politik pakatan rakyat dan media kerajaan dan lain-lain dilihat mendapat ruang untuk memanipulasikan kelebihan melalui ruang yang dibuka oleh pihak lawan.
Memang biasanya setiap keburukkan ada kebaikkan.Yang baiknya media kerajaan macam menunjukkan kebaikkan mereka yang 'bermakna' dengan memberi lampu hijau para pemimpin Pakatan Rakyat bercakap dan meluahkan kata-kata dan pendapat di dalam media TV.
Yang tak bagusnya ,inilah peluang Pemimpin atau ahli Pakatan Rakyat yang nak glamour dan meluahkan perasaan dan BN/UMNO membuka jalan dan ruang demi kelangsungan UMNO/BN itu sendiri.Pemimpin yg seperti YB Zul ini yang teman panggil bodoh-bodoh alang memang perlu dinasihatkan oleh orang beragama dan berilmu seperti Dato Tok Guru Nik Aziz.

No comments: