Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 16, 2010

TIDAK MANIS CARA MAJORITI

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin seolah-olah mengguna tekanan berbentuk undang-undang ke atas penduduk Kampung Baru agar berpindah segera demi pembangunan di kawasan tersebut.
"Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin," kata beliau dalam rancangan bualbicara Soal Jawab di TV3 baru-baru ini.
Tambah Raja Nong Chik, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.
"Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya," katanya lagi.
Menurut beliau, kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan tersebut bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.

"Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya," katanya.

Beliau berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan.
Menurut Raja Nong Chik, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sebelum ini berjanji bahawa penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara.
Bagaimanapun, tambah beliau, penduduk di kampung tersebut, mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan. -erapakatan

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum


Apa yang perlu diperolehi oleh penduduk kampong baru ialah keadilan dari kerajaan keatas pembangunan yang ditawarkan kepada mereka bukannya undang-undang broker tanah.Kerana kampong baru mempunyai sejarah yang unik dan merupakan strong hold melayu yang sekian lama tertanam di hati orang UMNO sejak zaman Dato harun.Maka layak dilayan secara saksama dan menguntungkan mereka.Give and take kata orang putih kot

Sumo Piar said...

Does it really works? That the majority rules?

The minority has always rule.