Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 2, 2010

TIBA MASA BLOGGER TURUN PADANG

Teman rasa ramai blogger yang bersemangat waja condong kepada perjuangan Islam dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat cuma berjuang didepan Notebook atau PC.Benarkah! Yang ini saudara perlu sangah pendapat teman ini buka sebarang keputusan yang dah dibuat oleh ajk disiplin atau keputusan Negeri dalam Pakatan Rakyat.
Dah tiba masa semua blogger sesekali kalau tak boleh sepenuh masa atau separuh masa turun padang menyertai mesyuarat,usrah atau perbincangan dan perjumpaan dengan pekerja parti.Dan semoleknya saudara harus mendaftar mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat samada DAP,PKR atu PAS agar kita tak dianggap atas pagar.
Dengan cara ini juga memudahkan rakan Jabatan Pilihan Raya Kawasan membuat proses culaan bagi memperolehi jangkaan kemenangan yang lebih tepat dan menyebelahi Pakatan Rakyat.
Kita blogger jangan sekali kala menyelesaikan pertelingkahan atau rasa tidak puas hati terus melalui blog atau siaran internet.Selesaikan melalui saluran parti dan cahnnel yang betul baru masuk blog.Kita harus terus menyerang puak Barisan Nasional bukan menyerang rakan seperjuangan kita sendiri.Kita sudah hampir pintu kemenangan apa yang patut lakukan kita terus maju untuk Pakatan Rakyat.Sebarang perselisihan faham atau pendapat cuba selesaikan dimeja rundingan.Apa yang telah berlaku cuba jadikan sempadan dan perbetulkan dan tautkan yang mana dah terpisah atau yang hampir terpisah.

1 comment:

MTD Dusun Tua said...

Blogger juga tidak bebas. Blogger punya pendirian dan pendirian itu berpaksikan kebenaran. Kebenaran itulah yang perlu terus diperjuangkan.

Ini musim PR menampakkan kekuatan dan kebolehpercayaan memerintah. Kekuatan ini perlu disokong dan sokongan perlu diterjemahkan dengan menjadi ahli dan mengundi.

Semoga blogger menjadi pencetus perubahan. Insyallah.