Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 2, 2010

KU LI DINASIHAT BUDAK HINGUSAN SUPAYA KELUAR UMNO

Sayap Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Ketua Umno Bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, kerana berceramah di atas pentas kerajaan negeri pimpinan Pas berhubung isu royalti petroleum di Kelantan tempohari.
Kedua-dua pergerakan itu menyifatkan tindakan Tengku Razaleigh memberi kesan yang tidak baik kepada Umno walaupun kesan baik untuk rakyat Kelantan.

Ku Li sudah boleh berhenti dan menutup lebaran politik nya kerana beliau kini tidak lagi akan mendapat kepercayaan dari ahli UMNO dan perbuatan beliau bersekongkol dengan Parti PAS ketika menganjur kan Program Ceramah Royalti Minyak amat memalukan ahli BN negeri Kelantan .

Sdr Anuar menyifatkan tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan program itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecil kan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

“Bagi Pemuda UMNO, adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai Pas atau PKR,” katanya.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Bagi Pemuda UMNO, royalti atau wang ihsan adalah sama sahaja. Apa yang penting, program dan perlaksanaan akan sampai kepada rakyat termiskin terbanyak yang boleh dibela dengan adanya bantuan lima peratus daripada Kerajaan Pusat ini.
“Bantuan ini nanti akan diagih secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini melalui lain-lain bantuan seperti KWAMP, tabung bantuan nelayan dan skim bantuan baja pertanian yang telus dan adil,” katanya.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

No comments: