Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 12, 2010

PENYOKONG TERSEMBUNYI DAN WAKIL RAKYAT BEBAS ADALAH ANCAMAN BN

Terdapat pendapat blog penyokong BN menganggarkan seramai 50,000 pegawai dan kakitangan kerajaan, sebahagian besar daripada mereka mengundi pembangkang.Ini belum termasuk kakitangan Polis yang mungkin tidak merasai kenaikan dan pelarasan yang baru diumumkan Dato Hishamuddin yang melibatkan pangkat Sarjan dan ke atas.
Mereka berbuat demikian adalah kerana nasib mereka masih tidak dibela dan terbela.

walaupun mereka faham dengan terma lantikan kontrak kerajaan, namun mereka juga manusia yang mahukan kualiti hidup yang lebih sempurna dan terjamin.
ramai dikalangan mereka juga masih tinggal di rumah bertaraf "reban ayam" atau "kandang kambing" kerana tidak layak buat pinjaman bagi memiliki rumah yang lebih selesa.
maka dengan itu mereka membuat undi protes terhadap kerajaan atau lebih jelas BN!
BN/UMNO sebenarnya sudah tewas pada PRU12 yang lepas. Cuma negeri Sabah dan Sarawak sahaja yang telah menyambung talian hayat BN/UMNO.
Kini Pakatan Rakyat sedang giat berkempen untuk memenangi sokongan rakyat Sabah dan Sarawak pula. Mereka telah menampakkan sokongan yang baik pada rakyat di sana. Sebagai contoh di Batang Ai, sepatutnya PR hilang wang pertaruhnya, kerana ini kali pertama bertanding. Sebalik nya walaupun kalah tetapi telah meraih undi yang besar.
Kekuatan Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diperlekehkan. Mereka ada penyokong 'tersembunyi'.
Sebenar nya kes DSAI ini lebih menimbul kan simpati dan 'advantage' dari kebencian terhadap nya. Makin ianya disebar, semakin ramai yang bersimpati dengan nya. Ini terbukti setiap kali dia bercerama dalam 'road-show' Gegar nya, ianya telah mendapat sambutan hangat dari orang melayu terutamanya penyokong PAS dan PKR.
Sokongan dari kaum cina dan india selalunya sukar kita duga, kerana ianya tersembunyi. PRU12 yang lepas kita telah saksikan satu penghijrahan besar kaum bukan melayu ini. Hampir semua kawasan undi majoriti bukan melayu telah jatuh ketangan pembangkang. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku di Sabah dan Sarawak juga.
BN sebenarnya sedang berhadapan dengan musuh yang tidak dapat kita lihat - 'penyokong tersembunyi'. Setiap hari penyokong tersembunyi ini akan berusaha untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintah. Ada berbagai cara yang mereka telah lakukan, sebagai contoh, - kenaik kan harga barang2. Ini lah salah satu senjata mereka yang paling berkesan.
Apabila barang2 mahal rakyat akan salahkan kerajaan kerana gagal mengawal nya. Maka dimana2 juga ceruk rantau negeri, rakyat akan menyalahkan kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

Eloklah rakyat biasa macam aku ni bersembunyi dahulu..apa BN Umngok kata..kita angguk2..kita sorak sakan..depa bagi duit SAPU..bukan duit MAK BAPAK depa..minta lagi duit..bila tak bagi ..kita bising2 dan sumpah depa..TAPI bila pilihanraya nanti...tahu2 ajelah...bagi depa MATI sakit jantung..sebab depalah paling banyak buat HUTANG..sebab hidup depa nak BERLAGAK ke orang Melayu..