Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 13, 2010

DAH SAMPAI MASA BERI 6%

Dividen KWSP dijangka lebih tinggi? Generasi sekarang dah lama tak merasa dividen 7% seperti masa zaman tak gemilang .Bayangkan dah lama sangat.Malaysia dan capai gemilang banyak kali,tetapi ramai tak merasa dividen 7%.Apa kejutan yang ingin Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman nak umumkan? 4,6% atau 5%?Kalau nak kata tinggi 4.6% pun tinggi berbanding tahun lepas 4.5%.Tapi KWSP termalu jika dengan untung yang membanggakan tahun lepas sewajarnya lebih 5%.Teman cadangkan 7% atau kalau boleh nak ambil hati rakyat berilah 10%.Zaman Najib akan dikenang sepanjang zaman sebagai PM yang beri dividen KWSP tertinggi sepanjang 50 tahun selepas merdeka.

PUTRAJAYA: Dividen untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2009 dijangka lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.5 peratus.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata pencapaian itu didorong kedudukan pasaran saham tempatan yang semakin kukuh dan pulangan pelaburan yang lebih baik.
"Mesyuarat mengenai kadar dividen itu akan diadakan pada bulan ini manakala pengumuman mengenainya dijangka diumumkan bulan depan," katanya yang juga Presiden Perbadanan Putrajaya sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 di sini, hari ini.

Disember lalu, KWSP mengumumkan meraih RM5.5 bilion perolehan pelaburan pada suku ketiga tahun lalu, peningkatan sebanyak RM696.32 juta atau 14.51 peratus berbanding RM4.8 bilion yang dikumpul pada suku sebelumnya.
Ketua Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata ia menjadikan jumlah saiz dana KWSP meningkat kepada RM361.09 bilion berbanding RM353.93 bilion pada suku kedua tahun lalu.
Sebanyak 12 juta pencarum KWSP menerima dividen 4.5 peratus untuk tahun 2008, lebih rendah berbanding 5.8 peratus pada tahun 2007. - Bernama

No comments: