Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 6, 2010

NIAGA HANCUS DI BUKIT PUTUS ?


Biasa teman balik ke Kg anak-anak teman di Keratung ,Pahang dan biasanya melalui Lebuhraya PLUS masuk Senawang dan lalu Bkt Putus.
Tetatpi Bkt Putus bukan macam dulu , sekarang dah ada lebuhraya dan tidak melalui Bkt Putus.Dalam pembangunan selalu ada yang terkorban dan pengorbanan.
Ramai tahu , dulu sebelum naik ke Bkt Putus kita akan berjumpa deretan gerai sayuran segar sebelum stesyen Petronas.Sekarang teman tak tahu apa yang jadi pada mereka.

Kita tidak pernah menolak pembangunan untuk rakyat. Sewajarnya dalam merancang pembangunan untuk rakyat, kita jangan sesekali menzalimi pihak yang lain khususnya rakyat yang juga mencari rezeki sesuap nasi untuk anak dan keluarga mereka. Projek pembesaran Jalan Seremban - Kuala Pilah masih dalam pembinaan , walaupun Jalan Bukit Putus sudah boleh digunakan tapi di Kg Paroi sebelum sampai ke Bukit Putus ianya masih dalam pembinaan. Dulu kawasan terkenal sebagi tempat untuk dapatkan sayur-sayuran segar dan buah-buahan yang ditanam sendiri penduduk setempat dan dijual di tepi jalan sejak 23 tahun yang lalu. Kini mereka dihalau dari tempat mereka berniaga ini tanpa diberi tempat baru dan juga tanpa sesen pun duit pampasan khususnya untuk perbelanjaan untuk pengangkutan dan upah buka gerai dan sebagainya. Segala usaha termasuk bertemu pihak pemaju , pihak MPS sehingga bertemu YAB MB N.Sembilan pun telah dibuat tapi nampaknya peniaga-peniaga terpaksa melupakan angan-angan tersebut. Semoga Allah buka pintu rezeki yang baru dan mungkin di tempat baru...Amin.

No comments: