Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 6, 2010

KAEDAH TB2H SHYFOOL BAIK UNTUK MASALAH INI

Teman cadangkan (bukan serius pun) tempat yang terlibat masalah tiada air atau kekurangan bekalan air boleh berguru dengan Saiful yang ada petua tak berak sehingga 48 jam atau 2 hari.Petua ini pun cuma mujarab bagi orang yang tak kisah dengan solat wjib 5 waktu.Ataupun belajak dengan En. Wan Azizi polis yang tak sembahyang dan kaki arak dalam kes rakyat ditempak Polis (Wan Aziz).

TB2H - Tak Berak 2 Hari
SHYFOOL - Saiful yang pemalu kunun dan cukup bodoh sebagai hamba Allah

KUALA KEDAH – Sejak seminggu penduduk di Taman Bersatu Fasa II terpaksa berjaga sehingga lewat malam untuk menadah air bagi simpanan harian mereka apabila bekalan air diterima mereka sering terganggu.
Penduduk taman itu, Khairil Anwar Hisham Mahmud berkata, ketiadaan air yang adakalanya hanya diterima dalam kuantiti sedikit sejak seminggu lalu menjejaskan semua penduduk di taman berkenaan.

Menurutnya, semua penduduk di sini mempunyai urusan seharian yang mana mereka memerlukan penggunaan air setiap hari untuk berniaga dan keperluan anak-anak yang hendak ke sekolah.

“Kami di sini menerima tekanan air terlalu rendah dan perjalanan air yang sangat perlahan menyebabkan setiap malam terpaksa menadah air sehingga ke awal subuh.

Khairil Anwar berkata, air di kawasan perumahan itu turun tidak menentu dan adakalanya langsung tiada.

Menurutnya, laporan kepada Syarikat Air Darul aman (Sada) beberapa hari lepas, namun tiada sebarang tindakan diambil termasuk menghantar lori tangki air untuk membekalkan air kepada penduduk di sini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang juga peniaga, Rozaini Ismail berkata, sejak bekalan air tiada, perniagaan menjual airnya terjejas.

Menurutnya, penduduk taman perumahan itu sering menghadapi masalah gangguan air terutama pada hari minggu.
“Setiap kali aduan dibuat, tiada tindakan yang diambil sehingga kami terpaksa membuat kerja-kerja mencuci seawal pagi setiap hari.

“Setiap kali air yang ditadah harus digunakan dengan berjimat-cermat bagi mengelak bekalan air terputus walaupun simpanan air yang ada hanya sedikit,” katanya.
Rozaini berkata, memandangkan dia berniaga menjual air, setiap hari dia terpaksa me
Menurutnya, seharusnya Sada menghantar bekalan air kepada semua penduduk di taman itu.
“Notis gangguan bekalan air juga tidak diterima, malah yang terkini di radio, menyatakan akan ada gangguan bekalan air di sekitar Kuala Kedah dan sepatutnya Sada perlu menghantar bekalan air terutama bagi taman ini.

“Saya berharap agar bekalan air dapat kembali pulih dengan segera dan Sada dapat menghantar bekalan air untuk kegunaan seharian,” katanya.

No comments: