Sarawak yang disifatkan sebagai 'Simpanan Tetap BN' atau 'Talian Hayat'/'Tslisn Nyswa' sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008 sehingga kini disuntik dana peruntukan berbilion ringgit daripada pelbagai kementerian bagi memastikan rakyat di negeri itu tidak mengundi PR dalam pilihan raya negeri akan datang.
Walaupun Dun Sarawak hanya akan berakhir pada Jun 2011, namun pengesahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau telah menemui Ketua Menteri Sarawak, menguatkan lagi spekulasi bahawa negeri itu akan berdepan dengan pilihan raya negeri dalam tempoh terdekat ini.
LUMRAH BARISAN NASIONAL bila tiba musim pilihanraya, kuasa wang akan digunakan segalaknya. Sogok menyogok menjadi perkara biasa belum lagi projek mee segera seperti turap jalan siap dalam seminggu tetapi dan memberi kroni tender projek sebanyak mungkin kemudian hancus berkecai bila terbengkalai.
Pengerusi Barisan Nasional, DS Najib secara tidak langsung mengesahkan buat kali kedua bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan terlebih dahulu sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
"Kita mengambil kira Sarawak yang perlu mengadakan pilihan raya di peringkat negeri pada suatu tarikh yang akan diumumkan nanti dan seperti biasa, kita semua akan turun membantu dalam usaha memantapkan lagi kedudukan BN di Sarawak," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BN itu mengesahkan perkara tersebut dalam pengumuman yang dibuatnya pertama kali dalam beberapa bulan yang lalu.
Terdahulu, pada penghujung Disember tahun lalu, Najib berjanji akan kerap melawat Sarawak bermula Januari lalu pada majlis NKRA tetapi lawatan itu tidak dapat diteruskan.
Selain itu, ramai pihak melihat, sejak tsunami politik melanda BN bermula 8 Mac 2008, negeri Sarawak dijadikan perhatian dan sehingga kini berbilion ringgit terpaksa disalurkan ke negeri tersebut.
Pemerhati politik melihat, perbelanjaan wang ringgit itu bukan termasuk dalam tindakan membela nasib rakyat Sarawak, tetapi lebih kepada takut hilangnya sokongan undi terhadap BN.
Sehingga kini, peruntukan yang dihamburkan di sana-sini yang banyak tertumpu di pedalaman Sarawak. Ini kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak berada dalam kategori luar bandar yang sehingga kini menyulitkan BN membuat beberapa keputusan.
Antara kes yang sukar dibuat keputusan itu, ialah berkaitan isu rampasan tanah khasnya ke atas kaum terbesar di Sarawak, iaitu Iban yang gagal diselesaikan BN.
Penghakiman di mahkamah tertunggak kerana kroni BN?
Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang mengendalikan isu tersebut memberitahu, ratusan kes berhubung tanah di negeri itu tertunggak di mahkamah hanya kerana syarikat dan individu tertentu dipercayai ada kaitan dengan BN atau dalam erti kata lain, dimiliki kroni BN.
Adun Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP, Ting Tze Fui pula berkata, masalah tanah bukan sahaja melibatkan penduduk luar bandar tetapi juga masyarakat Cina di luar bandar.
"Sekutu BN yang kononnya mewakili masyarakat Cina, SUPP gagal membantu kaum itu berhubung permasalahan tanah dan seringkali membisu dalam persidangan Dun," kata Ting yang juga merangkap Adun Meradong.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi menjelaskan, wang billion ringgit itu bukan kepunyaan BN, tetapi hak rakyat negeri Sarawak yang selama ini diambil BN sejak memerintah Malaysia sebelum ini.
Pilihan raya Sarawak dijangka diadakan dalam tempoh terdekat dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menemui Ketua Menteri, Taib Mahmud berhubung tarikh pilihan raya di negeri itu baru-baru ini. - EP
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
Dah beberapa bulan saya berada dibumi kenyalang(serawak)dan berstation diBintulu,banyaklah panorama yang menghiasinya dan bandar ini bangkit maju serentak dengan pembangunan yang berjalan terutama akibat tempias kegiatan produk gas dan eksport importnya.Saya menjauhkan jarak perjalanan saya diluar linkungan 10km dari bandar mengatasi jambatan Sg Sibu tetapi apa yang saya dapati kepesatan pembangunannya nampaknya hanya tertumpu dibandar itu saja.Saya teingat macam cerita siri TV dulu Time Tunnel,yang boleh pergi kemasa silam atau masa hadapan.Rupanya berlaku juga disini kerana saya dapati kawasan diluar lingkungan 10km atau lebih, macam sudah masuk diperkampongan Malaysia(Semenanjung) dizaman tahun 60an dan 70an yang jauh dari bandar .Dengan pelbagaian bentuk rumah kediaman ,jalan-jalan kurang bermutu dan dari sudut fizikal tak tercanggih macam perkampong diSemenanjung(malaysia)menghiasi pandangan saya.Saya menziarah sahabat saya yang tinggal dikampong yang berhampiran bandar lebih kurang 10km tetapi ketika didalam perbualan ia mengatakan hanya baru 2 bulan yang lalu, baru kampong ini mendapat bekalan air dari kerajaan dan ada sebatang jalan masuk kekampong, baru saja diturapkan, yang lain jalan, tak payah nak cakaplah teruk benor nak sebut dan pula masalah geran tanah dikampong itu masih diawang-awangan tanpa penyelesaian sedangkan mereka dah duduk berbelasan tahun disitu.Maka saya tanya diri saya sendiri, itu baru 10km dari bandar macam mana pulak keadaannya jika lebih dari itu.Jadi dimana perginya agaknya wang berbilion ringgit yang diinput oleh kerajaan pusat untuk bumi kenyalang ini.Nampaknya rakyat serawak kena muhasabah diri untuk PRU akan datang.Dan bumi ini nampaknya amat subur untuk Pakatan rakyat menabur benih dan mendapat tempat dihati mereka .Insyaalah.
Post a Comment